Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memberi tumpuan kepada kewangan inklusif untuk memastikan rakyat memperoleh perkhidmatan kewangan yang berkualiti.
Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata justeru itu, perkhidmatan kewangan di Sarawak kini diperluaskan ke kawasan pedalaman seperti Telang Usan dan Belaga.
"Setakat ini, rangkaian ejen bank di Sarawak telah meningkat kepada 632 ejen dari 14 ejen pada 2012.
"Kini, perkhidmatan perbankan asas telah disediakan ke hampir 97 peratus daerah dan telah dapat dinikmati oleh 99.7 peratus penduduk di negeri ini," katanya dalam ucaptama di Karnival Kewangan Sarawak di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Muhammad berkata, usaha melibatkan ejen bank akan diteruskan supaya tiada segmen masyarakat yang akan tercicir dalam menikmati perkhidmatan kewangan.
Bagi meningkatkan penglibatan penanggung insurans di Sarawak, beliau juga mengumumkan bahawa Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) akan menubuhkan cawangan masing-masing secara rasmi di Sarawak.
"Inisiatif ini dijangka dapat memperluaskan lagi rangkuman insurans yang lebih bersepadu," katanya.
Selain itu, Muhammad berkata kadar kelulusan pembiayaan untuk pinjaman perumahan di Sarawak adalah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 75.6 peratus.
"Daripada jumlah ini, 72 peratus merupakan pembiayaan pembelian rumah pertama.
"Institusi kewangan telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik," katanya.
Karnival Karnival Kewangan Sarawak bertema 'Utamakan Keperluan Kewangan Anda' akan berlangsung selama tiga hari mulai 24 Nov, 2017 di Pusat Pameran CityONE di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
MUHAMMAD Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memberi tumpuan kepada kewangan inklusif untuk memastikan rakyat memperoleh perkhidmatan kewangan yang berkualiti.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.