Walaupun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Islam di negara ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited dalam mendukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri berkata ini selari dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Katanya jika diselami dan dilihat secara menyeluruh, banyak yang telah dilakukan kerajaan dalam memastikan Islam terus berkembang dan kebajikan umat Islam di negara ini terus terpelihara.
"Sebagai contoh, dalam Bajet 2017, saya telah mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM50 juta kepada Sekolah Pondok yang berdaftar.
"Buat julung kalinya juga, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Tahfiz Negara. Langkah ini penting dalam menentukan hala tuju negara ke arah memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran terus subur dan berkembang," kata Najib dalam catatan terbaharu di blog rasminya bertajuk "Islam Di Bawah Kerajaan Barisan Nasional".
Najib berkata kerajaan Persekutuan pimpinan BN sedar pendidikan al-Quran dan Tahfiz Al-Quran adalah ramuan signifikan dalam memelihara Islam, lebih-lebih lagi dalam memberi penyediaan kepada golongan cendekiawan Islam untuk menolak tohmahan dan fitnah golongan ekstremis terhadap Islam.
"Ini juga adalah salah satu cara kerajaan untuk memastikan fahaman ekstremis tidak menular di Malaysia.
"(Dan) ini sejajar dengan visi saya untuk membina sumber tenaga manusia yang holistik, bukan sahaja berkebolehan dari segi akademik tetapi berkeupayaan dalam pelbagai aspek termasuk ketakwaan dan jati diri sebagaimana yang dituntut oleh Islam," kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata kebajikan imam, bilal dan siak turut terpelihara di mana 15,000 imam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara telah menerima kenaikan elaun daripada RM750 kepada RM850 sebulan dan sebanyak 16,000 siak dan bilal menerima bantuan RM500 secara sekali sahaja manakala elaun guru kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) melibatkan 33,000 guru telah dinaikkan kepada RM900 daripada RM800 sebulan.
"Insya-Allah, kebajikan mereka yang berkecimpung dalam bidang agama ini akan terus menjadi agenda utama kerajaan dalam memperkasakan agama Islam," katanya.
Mengenai pengurusan haji, Perdana Menteri berkata dianggarkan subsidi sebanyak RM200 juta dibelanjakan oleh kerajaan tahun ini berbanding RM160 juta tahun lepas.
"Alhamdulillah, atas hubungan baik kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional dengan Kerajaan Arab Saudi, kuota jemaah haji buat negara kita juga telah ditambah kepada 30,200 orang," katanya.
Menyentuh mengenai peranan kerajaan BN dalam menegakkan syiar Islam di peringkat antarabangsa, Najib berkata pendekatan wasatiyyah yang diambil oleh kerajaan juga telah menarik minat banyak pihak dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam progresif di mata dunia.
"Kita telah mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa dalam usaha kita memerangi keganasan yang kononnya berlandaskan Islam, contohnya semasa lawatan saya ke India baru-baru ini, Perdana Menteri Narendra Modi telah menyatakan minat beliau dalam pelan de-radikalisasi Malaysia.
"Suara kita turut didengari apabila kita membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Ulama-ulama terkenal seperti Mufti Menk juga menyokong usaha-usaha Malaysia dalam menyebarkan Islam yang berpaksikan kesederhanaan dan kasih sayang," katanya.
Najib seterusnya menekankan bahawa konsep wasatiyyah, keadilan sosial dan kesaksamaan akan terus menjadi pegangannya selagi beliau masih menjadi Perdana Menteri, termasuk dalam hal ehwal politik.
"Suatu ketika dahulu, umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan ada pemimpin yang membantutkan pembangunan di negeri-negeri tertentu juga kerana fahaman politik yang berbeza.
"Alhamdulillah, realiti semasa sudah berubah. Umat Islam di Malaysia sudah bekerjasama dan bersatu dalam memastikan kebajikan umat Islam dan kesucian agama terus dipelihara," katanya.
Dari segi pembangunan (dalam negara) pula, Najib berkata, tiada negeri yang ditinggalkan.
"Contohnya, dalam merangka projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS akan turut menerima manfaat pembangunan di mana stesen terakhir akan terletak di Pengkalan Kubor, Tumpat," katanya.
Meskipun begitu, Najib menegaskan, perjalanan dalam memartabatkan Islam masih jauh dan masih banyak yang perlu dilakukan dalam memastikan Malaysia terus menjadi negara Islam yang moden dan progresif.
"Sesungguhnya, ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama, nescaya sensitiviti antara kaum haruslah diambil kira dalam penggubalan apa-apa polisi demi memelihara keamanan negara," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
![BN komited dukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan - Najib BN komited dukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434721224_BacaAlQuran.jpg)
Najib berkata kerajaan Persekutuan pimpinan BN sedar pendidikan al-Quran dan Tahfiz Al-Quran adalah ramuan signifikan dalam memelihara Islam. - Gambar hiasan
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Tak halang hak agama lain Tak halang hak agama lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523848719_penan.jpg)
Tak halang hak agama lain
Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, cadangan itu hendaklah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
![BN komited dukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan - Najib BN komited dukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434721224_BacaAlQuran.jpg)
BN komited dukung Islam sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan - Najib
Perdana Menteri berkata ini selari dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.