Penganjur perhimpunan Black505 menafikan telah memberi arahan kepada semua peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa semasa perhimpunan itu esok.
Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Rafizi Ramli, jurucakap untuk perhimpunan tersebut, menegaskan dakwaan bahawa terdapat satu rancangan untuk mewujudkan keadaan huru-hara, keganasan, atau meminta peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap polis, adalah tidak benar.
"Tidak ada arahan tersebut dan saya tidak tahu dari sumber mana polis dapat maklumat ini," kata Rafizi.
Pada masa yang sama, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh.
Ini kerana Rafizi mendakwa kenyataan Mohmad itu "berbau fitnah dan tidak benar" dan "memberikan gambaran buruk".
"Saya hairan dengan kenyataan polis yang bercanggah. Saya berharap ini bukan disebabkan campur tangan Barisan Nasional-Umno atau (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) yang memaksa polis menukar pendirian,” tambah beliau.
Walaupun Rafizi berkata dia meragui kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima polis, beliau mengelak daripada menyalahkan polis.
"Saya tidak mahu perkara ini menjadi perang mulut. Saya faham adakalanya polis perlu mengatakan apa yang mereka mahu katakan. "
“Wajib untuk pihak penganjur melakukan yang terbaik dan memastikan perhimpunan ini berlangsung aman, dan kami berharap bahawa polis akan turut membantu," katanya.
Terdahulu, polis berkata telah menerima maklumat bahawa pihak penganjur telah mengarahkan semua
peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa, dan mencetuskan huru-hara semasa perhimpunan Black505 esok.
Mohmad berkata penganjur perhimpunan itu juga dijangka akan mencetuskan huru-hara di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
"Provokasi ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan di pihak polis kepada peserta dan boleh menyebabkan kekecohan di kawasan-kawasan terbabit," Mohmad berkata.
Teoh El Sen
Fri Jun 21 2013
![Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367992633_295x200.jpg)
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107000_LojiRawatanKumbaha.jpg)
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status semasa kemajuan projek menaik taraf 636 Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di seluruh negara berada pada tahap 98.5 peratus dengan 609 loji telah siap sepenuhnya dan 27 lagi dijangka siap pada Oktober
![UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720147695_UMPUMPSA.jpg)
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
![Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720148626_tbOpenAI.jpg)
Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan
Mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.
![Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
![Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720146650_SheikhAlAzhar.jpg)
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720145777_ProfMohdSaidBani.jpg)
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
![63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal 63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720142410_tbPATIdihantarpu.jpg)
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
![Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367992633_295x200.jpg)
Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis
Penganjur perhimpunan Black505 menafikan telah memberi arahan kepada semua peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
![Polis kesan unsur provokasi dalam perhimpunan Black505 Polis kesan unsur provokasi dalam perhimpunan Black505](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371813615_295x200.jpg)
Polis kesan unsur provokasi dalam perhimpunan Black505
Polis berkata telah menerima maklumat bahawa terdapat rancangan untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa semasa perhimpunan Black505 esok.
![Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.