KUALA LUMPUR: Acara perseorangan wanita dijangka sengit dalam pertandingan badminton Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung dari 29 Julai hingga 8 Ogos ini.
Kehadiran pemain tersohor yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia seperti pemenang pingat Olimpik dua kali dan pemenang pingat perak P.V. Sindhu dari India, pemenang edisi 2014 Michelle Li dari Kanada, pemenang pingat dua kali Kirsty Gilmour dari Scotland dan Yeo Jia Min dari Singapura, pastinya akan menyemarakkan cabaran di National Exhibition Centre Birmingham.
Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Juara Remaja Dunia dua kali Goh Jin Wei, yang menjanjikan saingan terbaik dalam penampilan sulungnya di Sukan Komanwel 2022 kelak.
"Bagi saya pastinya banyak pesaingan dalam acara perseorangan wanita, jadi semua pemain akan mendapat peluang yang saksama, bergantung kepada siapa yang menyerlah pada hari pertandingan.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkannya...akan tumpukan pada perlawanan di sana dan lakukan yang terbaik selain menyumbang untuk pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Birmingham, malam tadi.
Jin Wei, 22, yang kembali beraksi awal tahun ini selepas mengumumkan persaraan pada September tahun lepas atas alasan kesihatan berkata beliau kini semakin sihat dan kembali pulih.
"Saya tidak boleh tergesa-gesa. Saya perlu bangkit perlahan-lahan mengikut kemampuan dan memperbaiki kekurangan diri saya," kata Jin Wei yang mengalami sakit dalam perut dan terpaksa menjalani pembedahan kolektomi pada 2019.
Beliau yang kini menghuni ranking ke-60 dunia telah berjaya mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Korea, Master Malaysia dan Terbuka Taipei yang sedang berlangsung selain peringkat separuh akhir di Antarabangsa Itali 2022.
Anak kelahiran Bukit Mertajam yang pernah menduduki ranking ke-24 dunia itu mengakui keletihan selepas beraksi pada suku akhir Terbuka Taipei menentang Saena Kawakami pada Jumaat.
"Memang diakui saya agak penat kerana baru habis perlawanan pada Jumaat, tapi saya rasa penuh bersemangat untuk beraksi di Sukan Komanwel kerana mendapat sokongan pasukan Malaysia.
"Masih ada masa beberapa hari untuk berehat dan membuat persediaan sebelum pertandingan bermula. Jadi saya fikir pada masa itu, saya akan berada dalam keadaan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Jin Wei yang kini menghuni ranking ke-60 dunia telah berjaya mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan tahun ini selain peringkat separuh akhir di Antarabangsa Itali 2022. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.