KUALA BERANG: Tourism Malaysia menyasarkan 5,000 kedatangan pelancong ke 55 lokasi aktiviti mencerap burung (bird watching) di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir dan Setiu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya giat menjalankan pelbagai promosi termasuk mengedarkan E-Risalah Birdwatching Paradise Malaysia bagi menarik pelancong bukan sahaja domestik, malah luar negara.
"Pada 2019, Malaysia merekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.
"Tahun ini kita sasarkan pasaran pelancong lebih luas iaitu dari United Kingdom, Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand," katanya selepas majlis pelancaran E-Risalah Minat Khas Birdwatching Paradise Malaysia di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.
Menurut Iskandar Mirza lagi, pihaknya berharap supaya lebih banyak pakej bird watching ditawarkan oleh penggiat pelancongan bagi merancakkan dan memajukan lagi sektor pelancongan di lokasi berkaitan.
Beliau berkata Malaysia memiliki hampir 4.5 juta hektar kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi Kawasan Penting Burung dan Biodiversiti (IBA) oleh BirdLife International, justeru lokasi itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi pulangan ekonomi kepada rakyat dan negara.
"Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak antara negeri yang mencatat IBA tertinggi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk majukan agenda pelancongan di negeri masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Pada 2019, Malaysia rekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara. - Gambar fail
Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara sedang dirangka
Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) bertujuan mengintegrasikan kesihatan planet ke dasar kebangsaan bagi memastikan pendekatan holistik terhadap kelestarian kini sedang dirangka.
Enam atlet negara sertai upacara pembukaan Olimpik Paris 2024
Barisan atlet negara bakal didahului oleh dua pembawa Jalur Gemilang, Bertrand Rhodict Lises dan Nur Shazrin Mohamad Latif.
Polis tahan tiga lelaki disyaki pecah masuk pejabat Parlimen Kulai
Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
Hari Kebajikan Haiwan pupuk kesedaran masyarakat, aduan dera haiwan meningkat
Hari Kebajikan Haiwan yang dianjurkan setiap tahun berjaya memberi impak positif dengan meningkatkan dan memupuk kesedaran masyarakat dalam menjaga kebajikan haiwan di negara ini.
Melaka cadang wujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan libatkan tiga negeri
Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan melibatkan tiga negeri termasuk Negeri Sembilan dan Johor yang akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada negeri berkenaan.
Selangor sasar penyumbang pelaburan terbesar negara tahun ini - Amirudin
Selangor meneruskan fokus untuk mengekalkan prestasi sebagai negeri penyumbang pelaburan terbesar di negara ini menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024.
Usaha pulihara bangunan bersejarah perlu lebih serius - Pakar
Usaha memulihara bangunan bersejarah di Malaysia bukan sahaja untuk mengekalkan bukti fizikal identiti dan budaya sesuatu bangsa, sebaliknya turut menunjukkan kemajuan sesuatu bangsa tersebut.
Bahang kehangatan, rakyat Gaza beri mesej melalui sukan
Kejohanan bola sepak selama dua hari dianjurkan ketika dunia bersiap sedia untuk menyaksikan temasya sukan berprestij itu membuka tirai di 'Kota Cinta' Paris.
[TERKINI] Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
'Bird watching' dijangka tarik 5,000 pelancong tahun ini
Pada 2019, Malaysia rekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.