SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, kesan berbahaya racun perosak kimia sintetik terhadap keseluruhan alam sekitar, kesihatan manusia dan ekosistem telah menyebabkan keperluan mendesak untuk penyelesaian alternatif dalam pertanian. Penggunaan racun perosak mesra alam atau turut dikenali biopestisid menjadi salah satu pendekatan yang positif sekali gus menangani kebimbangan terhadap kesan buruk racun perosak kimia sintetik.
Racun Perosak Mesra Alam: Era Baharu dalam Pertanian
Racun perosak kimia sintetik tradisional telah lama digunakan dalam pertanian kerana kawalannya yang cepat dan berkesan terhadap perosak.
Walau bagaimanapun, ia juga menimbulkan risiko yang ketara, menyebabkan pencemaran alam sekitar, kemerosotan tanah dan mengganggu ekosistem dengan membunuh kehidupan atau organisma bukan sasaran. Selain itu, bahan kimia berbahaya ini boleh kekal dalam alam sekitar, yang membawa kepada kesan jangka panjang terhadap pengguna, petani dan haiwan.
Hasilnya, penyelidik telah beralih kepada penyelesaian alternatif yang diperoleh daripada sumber semula jadi yang lebih efektif, boleh terbiodegradasi, mempunyai sasaran yang khusus dan semestinya, mesra alam. Pelbagai kajian turut menyokong serta mengesahkan racun perosak mesra alam atau biopestisid sebagai pilihan yang mampu meningkatkan produktiviti pertanian dalam jangka panjang.
Racun Perosak Mesra Alam yang Berkesan
Racun perosak mesra alam ini terbahagi kepada tiga kategori utama. Pertama sekali iaitu racun perosak biokimia yang diperolehi daripada ekstrak semula jadi, seperti minyak serai dan minyak daun semambu. Racun perosak ini bertindak sebagai penghalau atau mengganggu peringkat hayat serangga (contohnya dengan mengawal pertumbuhan serangga), menawarkan perlindungan yang berkesan.
Kategori kedua pula ialah racun perosak mikrob yang menggunakan mikroorganisma seperti Bacillus, Pseudomonas dan Baculovirus, untuk membebaskan bahan kimia khusus yang menyasarkan serangga dan mengurangkan ancaman kepada manusia atau organisma yang bermanfaat.
Kategori terakhir ialah pelindung berasaskan tumbuhan di mana tanaman yang diubah suai secara genetik direka bentuk untuk menghasilkan bahan kimia pertahanan tersendiri. Tujuannya ialah untuk memberikan rintangan semula jadi terhadap perosak sambil mengekalkan keselamatan alam sekitar.
Ketiga-tiga kategori ini ternyata memberi gambaran mengenai jenis racun perosak masra alam dan tahap kegunaannya yang jauh lebih selamat.
Kelebihan berbanding racun perosak konvensional
Racun perosak mesra alam berbeza daripada racun perosak kimia kerana kandungannya diperoleh daripada bahan semula jadi atau bahan diperbaharui, menjadikannya sebahagian daripada kitaran ekologi. Berbeza dengan racun perosak kimia yang menimbulkan banyak bahaya, alternatif mesra alam adalah terbiodegradasi dan tidak terkumpul secara bio, memastikan keberkesanan yang disasarkan tanpa menyebabkan kemudaratan yang meluas.
Inovasi Berterusan dalam Racun Perosak Mesra Alam
Racun perosak mesra alam memainkan peranan penting dalam pertanian lestari dengan mengekalkan produktiviti tanpa mengganggu ekosistem semula jadi. Kesan terhad terhadap alam sekitar dan kekurangan sisa berbahaya dalam tanaman menjadikannya pilihan ideal untuk petani yang mencari faedah jangka panjang.
Ekoran itu, penyelidik dan syarikat besar terus melabur untuk membangunkan formulasi dan kaedah yang maju dan paling selamat untuk pertanian dan sekali gus sistem rantaian pemakanan. Malah, segmen biopestisid masih dilihat sebagai satu cabang yang mempunyai skop yang luas untuk penambahbaikan dan kemajuan dalam bidang ini.
Buat masa ini, beberapa faktor seperti kesedaran, ilmu, penawaran bahan yang terhad, masalah penyimpanan, isu pengendalian, dan lanskap pematuhan yang menyebabkan usaha menggalakkan penggunaan racun perosak mesra alam dalam sektor pertanian berskala besar agak terkandas, khusunya di Malaysia.
Biarpun biopestisid dan amalan pertanian mampan mendapat populariti yang agak meluas namun penggunaannya masih kecil. Tetapi pelbagai kajian menunjukkan penggunaan biopestisid dalam pertanian organic telah menyaksikan peningkatan dalam pengeluaran tanaman sepeti sayur dan buah berbanding tanaman yang menggunakan racun perosak kimia.
Cabaran dan Penyelesaian untuk Petani
Peralihan daripada racun perosak konvensional kepada mesra alam mungkin datang dengan pelbagai cabaran, termasuk potensi penurunan dalam produktiviti jangka pendek. Walau bagaimanapun, meningkatkan kesedaran melalui pendidikan, sokongan dan kerjasama daripada kerajaan dan syarikat swasta boleh membantu petani mengatasi halangan ini.
Kerajaan di seluruh dunia semakin menyedari kepentingan racun perosak mesra alam dan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif untuk mempromosikan penggunaannya dalam pertanian. Langkah-langkah ini menggalakkan amalan mampan dan menyokong pembangunan dan penggunaan biopestisid.
Tidak seperti racun perosak kimia, alternatif mesra alam direka untuk menyasarkan perosak tertentu, meninggalkan serangga dan pendebunga yang bermanfaat tanpa kecederaan. Garis panduan penggunaan yang ketat, dos yang betul dan langkah-langkah untuk mencegah air larian ke dalam badan air adalah penting untuk memastikan perlindungannya.
Racun perosak mesra alam mampu menjana revolusi pertanian dengan menawarkan kawalan perosak yang berkesan sambil meminimumkan bahaya kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan kehidupan haiwan bukan sasaran.
Melalui penyelidikan berterusan, sokongan kerajaan, dan pendidikan petani, penggunaan alternatif ini dijangka berkembang, membawa kepada masa depan pertanian lestari dan berdaya tahan. Dengan mengamalkan amalan mesra alam, kita juga boleh melindungi kepelbagaian biologi planet, nilai tanah dan keselamatan makanan untuk generasi akan datang.
* Artikel ini disumbangkan oleh penyelidik pertanian dan pegawai kajian dan pembangunan (R&D) sebuah syarikat farmaseutikal di Amerika Syarikat, Dr. Bikramjit Singh.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Wed Jul 26 2023

Gambar hiasan (Freepik): Racun perosak kimia sintetik tradisional telah lama digunakan dalam pertanian kerana kawalannya yang cepat dan berkesan terhadap perosak. Gambar kecil: Dr. Bikramjit Singh.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Biopestisid mampu mengimbangi ekosistem biologi dunia
Racun perosak kimia sintetik menimbulkan risiko yang ketara, menyebabkan pencemaran alam sekitar, kemerosotan tanah dan mengganggu ekosistem dengan membunuh kehidupan atau organisma bukan sasaran

Selepas asap kebakaran Kanada, penduduk New York rimas dihurung serangga halus
Serangga halus yang memenuhi ruang udara itu benar-benar membuatkan orang ramai berasa rimas hingga mengganggu aktiviti seharian mereka.