Semua pihak berkenaan harus membuat perbincangan secara tertutup sebarang isu mengenai sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan dengan pangsapuri mampu milik dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip).
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sebarang pertelagahan terbuka terutama melibatkan pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan hanya akan mengeruhkan situasi.
"Saya sebagai bekas menteri ingin menasihatkan kepada pihak yang berkenaan, sasaran 50,000 unit rumah mampu milik memang diilhamkan semasa zaman saya dahulu.
"Kementerian perlu mencapai sasaran ini. Kalau hendak mengharapkan agensi Kerajaan atau PR1MA tidak akan tercapai, UDA juga langsung tidak membina rumah mampu milik di Kuala Lumpur.
"Kerana itu DBKL perlu bekerjasama dengan pihak swasta, jadi pendekatan seperti di Kampung Datuk Keramat itu sudah betul. Pengagihan majoriti unit kepada Bumiputera juga langkah tepat yang tidak dibuat di lokasi lain.
"Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tolonglah berbincang di belakang tabir," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Raja Nong Chik mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz pada Selasa yang menjelaskan, pembangunan sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat mengutamakan kediaman rumah mampu milik kepada Bumiputera.
Tegas Mhd. Amin, pecahan kepada pangsapuri harga bebas untuk baki pembangunan itu pula tetap memberi majoriti kepada Bumiputera.
Raja Nong Chik memberitahu lagi, paling penting adalah status penduduk setinggan asal di tapak berkenaan yang perlu dijamin mendapat ganti kediaman selepas dipindahkan dahulu.
"Pemaju kena pertimbangkang pemberian atau pampasan kediaman dengan harga yang berpatutan kepada penduduk asal di tapak tanah berkenaan.
"Kita kena beri keutamaan kepada penduduk asal. Isu ini perlu ditangani dengan memberi contoh baik kepada masyarakat sendiri," katanya.
Dalam pada itu kata Nong Chik, percampuran taraf dan status perumahan dalam satu kawasan sebenarnya memberi kesan positif kepada penduduk dalam jangka masa panjang.
"Apabila penduduk di kedua-dua jenis perumahan itu bergaul, ia sebenarnya menjadikan percambahan dan peningkatan taraf kepada sosiobudaya masyarakat di kawasan itu sendiri.
"Saya mengambil contoh di Australia, percampuran taraf perumahan memberi kesan baik kepada masyarakat di sana. Ia terbukti dan saya melihat model ini semasa lawatan ketika menjadi menteri dahulu," jelasnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang mahu DBKL melihat semula keperluan sekeping tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan kondominium mewah berbanding perumahan mampu milik yang mengutamakan kepentingan rakyat setempat.
Tegas Johari, isu itu semakin meragukan kerana kelulusan diberi kepada sebuah syarikat perumahan yang baru ditubuhkan.
Johari dalam pada itu meminta DBKL mengarahkan pemaju tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat untuk membina hanya rumah mampu milik di kawasan berkenaan.
Tegasnya, pembinaan rumah mencecah sehingga setengah juta ringgit dilihat tidak mampu dimiliki penduduk Bumiputera sendiri.
Sebelum ini juga, Pengerusi Penganjur Perhimpunan Aman Himpunan NGO Penduduk Keramat, Norham Shazali meminta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL memberi alasan kukuh menolak pembinaan Rumawip di Kampung Datuk Keramat.
Norham berkata DBKL juga seolah-olah mempunyai perancangan tersendiri yang mengetepikan terus hasrat penduduk di sana yang mahu pembinaan perumahan mampu milik untuk mereka.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 18 2015
!['Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik 'Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438502850_RAJANONGCHIK.jpg)
NONG CHIK: 'Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597650707_tahfiz.jpg)
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505367034_Kebakaran.jpg)
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.
![Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591925556_tahfiz.jpg)
Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi
Saksi pembelaan ketiga berkata enam rakan termasuk tertuduh datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Datuk Keramat untuk menghisap ganja.
![Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibuka semula untuk solat Jumaat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibuka semula untuk solat Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514970908_tahfiz.jpg)
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibuka semula untuk solat Jumaat
Kini hampir dua tahun telah berlalu tragedi meruntun hati rakyat Malaysia melibatkan kebakaran di pusat tahfiz itu yang telah meragut 23 nyawa pelajar dan tenaga pengajar.
![Suspek tampar pemandu wanita ditahan reman hingga Selasa Suspek tampar pemandu wanita ditahan reman hingga Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557046167_tampar.jpg)
Suspek tampar pemandu wanita ditahan reman hingga Selasa
Suspek ditahan kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian di Kampung Datuk Keramat.
![Panglima TLDM ke-13, Tan Sri Ilyas Din, meninggal dunia Panglima TLDM ke-13, Tan Sri Ilyas Din, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81530918121_TanSriIlyasDin.jpg)
Panglima TLDM ke-13, Tan Sri Ilyas Din, meninggal dunia
Bekas Panglima TLDM Tan Sri Ilyas Din meninggal dunia pada jam 10.10 malam Jumaat, akibat sakit jantung.
![Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51506603018_tahfizmahkamah.jpg)
Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
![Waspada penculik guna van putih - Polis Waspada penculik guna van putih - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444376494_Kidnapped.jpg)
Waspada penculik guna van putih - Polis
Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun.
!['Jangan bantutkan pembangunan ibu kota dengan isu tanah Kg Datuk Keramat' - Pemuda WP 'Jangan bantutkan pembangunan ibu kota dengan isu tanah Kg Datuk Keramat' - Pemuda WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444536969_proteskeramat.jpg)
'Jangan bantutkan pembangunan ibu kota dengan isu tanah Kg Datuk Keramat' - Pemuda WP
Isu mengenai sebidang tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan dengan pangsapuri mampu milik dan Rumawip merupakan isu terpencil yang tidak harus diperbesarkan.
!['Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik 'Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438502850_RAJANONGCHIK.jpg)
'Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik
Semua pihak berkenaan harus membuat perbincangan secara tertutup sebarang isu mengenai sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat.