JOHOR BAHRU: Bilangan kemasukan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) dan pesakit harian di hospital kerajaan di Johor telah menunjukkan trend penurunan sejak dua minggu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata bilangan kemasukan ke ICU menurun sebanyak 31 peratus kepada 66 orang setakat Selasa lepas berbanding 97 orang sebelum ini, sementara bilangan kemasukan harian menurun sebanyak 43 peratus kepada 127 orang berbanding sebelum ini sebanyak 223 orang.
"Penggunaan katil bukan ICU bagi COVID-19 di hospital kerajaan seluruh Johor juga menunjukkan pengurangan iaitu sebanyak 994 katil atau 41 peratus daripada 2,414 katil manakala penggunaan katil ICU COVID-19 hingga 5 Okt turut berkurangan sebanyak 66 katil atau 51 peratus daripada 130 katil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengenai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) pula, beliau berkata dua CAC di daerah ini iaitu Bukit Indah dan Pasir Gudang akan ditutup bermula Sabtu ini (9 Okt) dengan perkhidmatan CAC diteruskan di 13 klinik kesihatan yang ditetapkan di sekitar bandar raya ini.
Johor mencatatkan 1,105 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini berjumlah 201,939 dengan merekodkan 3,372 kematian.
Setakat semalam, Vidyananthan berkata sebanyak 150 kluster masih aktif di negeri ini dengan 104 kluster atau 69 peratus merupakan penularan dalam industri, 14 kluster (sembilan peratus) dalam komuniti, 25 kluster (17 peratus) dalam institusi, lima kluster (tiga peratus) di pasar raya dan masing-masing satu kluster (satu peratus) dalam tahanan dan import.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Johor mencatatkan 1,105 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini berjumlah 201,939 dengan merekodkan 3,372 kematian. - Gambar fail
Kekejaman Zionis: Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang
Menurut pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu, tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 84 yang lain
Mpox: Thailand bukan negara berisiko - JKNK
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand tidak perlu bimbang tentang mpox atau mpox kerana negara tersebut tidak berisiko dengan virus tersebut.
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Mpox boleh menjangkiti semua golongan, bukan hanya LGBTQ
Penyakit MPOX bukan khusus kepada golongan LGBTQ, sebaliknya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan kes dijangkiti.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Pendidikan : Tiga sebab kenapa PBD tidak berkesan di Malaysia - Pakar
Negara dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pendidikan negara.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Menurut Hakim, Dr Syahliza Warnoh, ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Ahli GISBH didakwa di mahkamah atas tuduhan ugutan
Mohamad Riza mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut wanita untuk menarik balik laporan polis, dengan ikat jamin RM10,000 ditetapkan.
Pantau Belanjawan: Selatan Thai lebih memikat, apa nasib pelancongan domestik?
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di Selatan Thailand menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada ekonomi tempatan. Lonjakan ini mencerminkan pola dan pilihan perjalanan yang boleh memberi impak besar kepada strategi dan dasar pelancongan di masa depan. Analisis terhadap fenomena ini dapat memberi ruang dan peluang kepada Malaysia tentang cara memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan sektor pelancongan, serta strategi yang boleh diambil untuk mengadaptasi dan memajukan industri pelancongan negara.
[TERKINI] Banjir Kedah: Penduduk sifatkan bencana luar biasa
Banjir kilat luar biasa melanda kawasan ini, dengan air naik pantas sehingga penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda, hanya fokus menyelamatkan diri.
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.