SHAH ALAM : Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor menuntut pihak berwajib menyambung semula projek memperbesarkan longkang yang didakwa masih terbengkalai sejak ia dimulakan baru-baru ini.
Mereka bimbang jika tindakan segera tidak dilakukan kemungkinan banjir besar yang berlaku pada Disember 2021 akan berulang.
Tinjauan Astro AWANI ke Taman Sri Muda mendapati terdapat projek mengorek longkang di depan rumah penduduk dilakukan, namun, tiada kelibat pekerja atau pihak berwajib melakukan kerja-kerja mencegah banjir itu.
Apa yang dapat dilihat ialah, air yang bertakung atau 'termenung', dan tidak dapat disalirkan ke mana-mana kawasan.
Apabila kami tanyakan masalah itu kepada penduduk, mereka mendakwa, projek itu sudah lama dilakukan, namun sampai ke hari ini, tiada penyambungan kerja-kerja memperbesarkan longkang itu dilakukan.
Penduduk bimbang, dengan musim tengkujuh yang dijangka melanda bulan depan, saliran longkang yang tidak dilakukan dengan baik akan mengundang sekali lagi banjir besar di Taman Sri Muda khususnya.
Salah seorang penduduk, Nasaruddin Harun mendedahkan dia trauma dengan kejadian banjir besar yang berlaku tahun lalu yang merosakan harta benda dan kediamannya.
Projek memperbesarkan longkang itu menyejukkan hati penduduk pada awalnya, namun bertukar kepada perasaan takut selepas melihat kerja-kerja yang terbengkalai.
"Nampak tak projek depan tu, sampai sekarang tak siap-siap lagi. Sampai sekarang. Air akan naik dan menyebabkan banjir kilat. Tapi tak semualah naik,kawasan saya ni ada naik air," katanya kepada Astro AWANI.
Seorang lagi penduduk, Datuk Hayat Sayuti mendedahkan, projek memperbesarkan longkang yang terbengkalai itu adalah satu-satunya tindakan diambil pihak berwajib setakat ini untuk menangani isu banjir dalam tempoh 20 tahun.
Namun, projek tunggal itu juga masih tidak berjalan sebaiknya.
"Rasanya tidak ada apa-apa tindakan (pihak berwajib). Mereka tidak ada apa rancangan. Pihak yang berkuasa bila datang mereka kata mungkin kita akan buat sesuatu untuk elakkan daripada ia berlaku lagi.
"Jadi, sampai sekarang, kalau tengok kat depan rumah penduduk, itulah permulaan baru nak buat. Nak perbesarkan longkang, sampai sekarang, hampir 20 tahun, itu sahaja mereka akan buat. Selain itu tidak ada apa-apa.
"Air bertakung, sampai sekarang tiada pihak ambil tindakan. Harap pihak yang berkenaan bincang dengan penduduk, untuk jangka masa panjang. Bulan 11 ini pun kita takut berlaku lagi. Jadi apa tindakan yang mereka akan buat," ujarnya.
Justeru, jika tiada tindakan agresif dilakukan pihak berwajib, usaha mencegah kejadian banjir besar daripada berulang di Taman Sri Muda dan beberapa kawasan lain di Shah Alam tidak akan berjaya.
Disember tahun lalu, banjir besar yang melanda melanda Selangor mengorbankan 24 nyawa membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita.
Banjir terburuk itu berlaku susulan taburan hujan luar jangka dengan kawasan terjejas teruk adalah Taman Sri Muda, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding.
Rahimah Abdullah
Mon Oct 24 2022
Projek pembesaran longkang yang terbengkalai menyebabkan air bertakung atau 'termenung' dan meresahkan penduduk Taman Sri Muda terutama apabila hujan lebat berlaku. - Astro AWANI
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS
Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor adalah bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.
Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.