JERANTUT: 'Bih enji' yang bermaksud tidak sakit dalam bahasa Orang Asli suku kaum Semaq Beri antara perkataan pertama keluar daripada mulut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Isa Rasid, sebaik menerima suntikan vaksin COVID-19.
Isa, 52, yang berasal dari Kampung Paya Sedayan, Temerloh, juga berkata beliau tidak berasa loya, pening kepala atau kebas-kebas selepas suntikan itu, selain menambah jarum yang digunakan juga tidak sebesar yang dibayangkan sebelum ini.
"Biasa sahaja (selepas disuntik)... Saya harap tiada yang takut kena jarum. Saya sudah ambil vaksin dan selamat.
"Jangan percaya kalau ada orang kata vaksin tidak baik kerana kita kena ambil elak penyakit (COVID-19)," katanya kepada Bernama di sini, pada Sabtu.
Isa adalah sebahagian daripada 12 pemimpin masyarakat Orang Asli dari Temerloh dan Jerantut, terdiri daripada Tok Batin, Pengerusi JPKKOA, Pasukan Sukarelawan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Jerantut.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Enggang di Temerloh, Geng Nyai, 56, dari suku kaum Che Wong, berkata beliau mahu berkongsi pengalaman menerima vaksin dengan penduduk kampungnya supaya mereka 'menerima maklumat tepat dan bukan mendengar khabar-khabar angin'.
"Proses dicucuk juga sekejap sahaja. Tak sempat panas kerusi diduduk. Doktor dan misi (jururawat) juga baik-baik.
"Kita boleh tanya banyak perkara sebelum disuntik dan lebih baik tanya pada mereka terus daripada dengar cakap orang.
"Saya sudah disuntik dan harapnya orang tidak ragu-ragu (untuk terima vaksin) selepas melihat saya okey.
"Lepas ini juga saya akan ronda-ronda jumpa mereka untuk cerita supaya jangan bimbang jika diminta datang ke klinik untuk terima suntikan," katanya.
PePIMA Kampung Orang Asli Penderas, Shahrol Wizan Sulong, 41, juga senada dengan rakan-rakan lain apabila mengatakan 'vaksin het-nyak' yang membawa maksud vaksin tidak sakit dalam bahasa suku kaum Jahut.
Beliau yang mengetahui dirinya akan menjadi sebahagian daripada penerima awal vaksin bagi masyarakat Orang Asli di Pahang pada minggu lalu, menambah tidak berfikir dua kali bagi menyatakan persetujuan kerana memahami kepentingan mengambil vaksin bagi melindungi diri dan keluarganya daripada dijangkiti COVID-19.
Sementara itu, Pengarah JAKOA Pahang Johari Alwi berkata seramai 50 pemimpin masyarakat Orang Asli dipilih menerima vaksin lebih awal sebagai galakan kepada masyarakat Orang Asli untuk mendaftar dan menerima vaksin COVID-19, selain bagi membuktikan suntikan itu selamat.
Selain Temerloh dan Jerantut, mereka yang dipilih juga melibatkan pemimpin dan pempengaruh masyarakat Orang Asli dari Lipis dan Raub, dengan semua mereka dijadikan 'duta' kepada Program Orang Asli Pahang Sokong Imunisasi COVID-19 (OAPSIC-19).
"Ini ialah inisiatif kita mahu menyampaikan maklumat tepat mengenai vaksin kepada masyarakat Orang Asli dalam kaedah mudah dan dekat di hati akar umbi.
"Mereka yang menerima vaksin boleh berkongsi pengalaman dengan anak buah dalam bahasa suku kaum masing-masing," katanya.
Untuk rekod, terdapat 78,000 Orang Asli di 262 perkampungan dengan suku kaum paling ramai ialah Jakun dan Semai.
Johari berkata JAKOA Pahang juga akan mempergiatkan usaha mendaftarkan masyarakat Orang Asli sebagai penerima suntikan vaksin, khususnya di kawasan tiada liputan internet atau bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Isa (dua dari kiri) berkata beliau tidak berasa loya, pening kepala atau kebas-kebas selepas suntikan itu. -Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.