Sebanyak 3.5 juta buku dan majalah pelbagai genre disajikan oleh Pesta Buku Terbesar Big Bad Wolf 2014 untuk peminat buku di ibu kota.
Anjuran kali kelima oleh syarikat tempatan, Book X-cess Sdn Bhd tahun ini turut menyasarkan sejuta pengunjung. Apa yang lebih menariknya, ia berlangsung 278 jam tanpa henti sepanjang 12hari.
Selain jualan buku, terdapat juga jualan seperti, cenderahati, gerai makanan dan minuman dan permainan untuk kanak-kanak.
Bagi pengasasnya, Andrew Yap, penganjuran kali kelima diteruskan kerana sambutan yang memberangsangkan. Ia juga katanya sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang menggalakkan budaya membaca kalangan masyarakat.
"Anjuran Big Bad Wolf telah masuk siri ke tujuh ini memang banyak beri cabaran. Ia diteruskan kerana sambutan yang hebat dari masyarakat," katanya kepada Astro Awani.
Beliau turut berharap sasaran sejuta pengunjung tahun ini dapat dicapai dan buku 3.5 juta dapat dihabiskan sepanjang pameran.
Bertempat di Pusat Pameran Dan Persidangan Antrabangsa Mines,MIECC Seri Kembangan, buku dan majalah dijual dengan tawaran diskaun hebat dari 75 peratus hingga 95 peratus. BBW 2014 berlangsung dari 5 Disember sehingga 16 Disember ini.
Tinjauan Astro Awani mendapati pameran Big Bad Wolf 2014 di Seri Kembangan mendapat sambutan menggalakan di kalangan peminat-peminat buku di negara ini. Pada hari pertama sahaja lebih 20,000 pengunjung hadir ke pameran tersebut.
Sementara itu, pengunjung yang ditemui berharap pesta sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap. Ini kerana selain daripada menikmati harga yang rendah dan murah, ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat membaca kalangan masyarakat.
Malah ada yang sanggup datang dari luar Kuala Lumpur kerana tertarik untuk mendapatkan tawaran potongan harga yang menarik.
"Bagus pameran sebegini dan perlu lebih kerap diadakan. Kita boleh beli untuk anak-anak dan bagi mereka bahan bacaan yang sesuai dan yang penting kami mampu beli," kata Salmi Muhyiddin kepada wartawan Astro Awani.
Pesta buku terbesar dunia itu mendapat sambutan rakyat malaysia daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur termasuk pelancong asing.
Nabihah Hamid
Fri Dec 05 2014
Sebanyak 3.5 juta buku dan majalah pelbagai genre disajikan oleh Pesta Buku Terbesar Big Bad Wolf 2014 untuk peminat buku di ibu kota.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
AWANI Borneo [17/09/2024] - Kurangkan kebergantungan import | Model kepimpinan Rasulullah | Promosi identiti budaya Melayu
Tumpuan Awani Borneo 17 September 2024 bersama Pia Ernadya;
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.