KEIKHLASAN
Saudara saudari sekelian.
Saya sering mengingatkan bahawa nilai-nilai keagamaan serta adab dan budaya ketimuran kita adalah asas terpenting masyarakat majmuk di Malaysia. Pegangan kita pada nilai-nilai murni akan menentukan sama ada kita maju dan berjaya, ataupun mundur dan lemah. Kita bukan sekadar mengejar pembangunan nyata dan fizikal, tetapi lebih penting, kita mengejar pembangunan insan dan rohaniah.
Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang nilai keikhlasan yang sememangnya amat penting.
Segala perbuatan yang kita lakukan mesti diiringi dengan keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas lambat laun orang tidak akan menerima apa jua perbuatan dan percakapan kita. Saya berasa sedih kerana kita kurang mempraktikkan nilai ini.
Banyak isu melibatkan keikhlasan. Termasuk juga isu Akta Hasutan 1948 yang hangat dibincangkan masa kini.
Undang-undang sesebuah negara adalah ciptaan manusia dan sebaik mana pun undang-undang tersebut, ia tidak akan seratus peratus sempurna. Tiada gunanya kita menggubal undang-undang yang lebih bagus jika perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dilakukan secara adil dan ikhlas. Kalau kita ikhlas undang-undang yang kurang sempurna pun boleh diguna pakai dan boleh membawa manfaat. Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat.
Keikhlasan juga perlu dalam apa jua jenis muafakat. Tiada jenis pakatan akan berpanjangan jika kita tidak ikhlas bermuafakat. Tiada makna berganding bahu jika jalan tak seiring. Lambat-laun orang akan tahu juga sama ada ianya berniat untuk membangunkan negara atau semata-mata untuk meraih sokongan.
Kebelakangan ini juga saya lihat ramai individu kerap mengkritik secara lantang dan menuding jari ke arah orang lain di atas sesuatu perbuatan atau kesalahan yang mereka sendiri lakukan di masa lampau. Walaupun kritikan itu berbunyi munasabah tapi ianya tidak diterima umum dan dipandang sinis. Saya tidak bermaksud yang seseorang yang melakukan kesilapan di masa lampau langsung tidak berhak menegur orang lain. Tetapi kalau kita ingin menegur dan mengkritik orang lain pandanglah diri sendiri dan mengakulah akan kesilapan sendiri dahulu. Saya sendiri pun melakukan banyak kesilapan. Kalau kesilapan saya menyinggung atau mengecewakan orang lain, saya meminta maaf. Saya tahu yang ungkapan “buat apa yang saya suruh dan bukan apa yang saya lakukan” (do as I say and not as I do) tidak boleh diterima orang.
Selain dari itu, kita juga tidak patut membidas perbuatan melampau orang luar tetapi membenarkan perangai buruk sesetengah anak buah kita berterusan tanpa teguran. Ini pun tidak ikhlas.
Jadi saya nasihatkan mereka semua ini untuk menerima hakikat yang walau apa yang mereka cakap itu munasabah ia akan dipandang sinis dan tak akan diterima rakyat jika ianya tidak diiringi dengan keikhlasan.
Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan dan percakapan kita, agar ianya membawa manfaat dan kebaikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah bekas Perdana Menteri Malaysia.
* Artikel mula disiarkan di laman PakLah.net pada 4 Oktober 2014.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Abdullah Ahmad Badawi
Sun Oct 05 2014
![Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan kita - Tun Abdullah Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan kita - Tun Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41378218355_295x200.jpg)
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Tun Mahathir sambut ulang tahun yang ke-90 Tun Mahathir sambut ulang tahun yang ke-90](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436490410_MarinaMahathir.jpg)
Tun Mahathir sambut ulang tahun yang ke-90
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-90, namun tidak ada sedikit pun tanda-tanda yang beliau akan berhenti memperjuangkan isu-isu kepentingan Negara
![Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan kita - Tun Abdullah Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan kita - Tun Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41378218355_295x200.jpg)
Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan kita - Tun Abdullah
Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan dan percakapan kita, agar ianya membawa manfaat dan kebaikan.