Perhimpunan Bersih 4 memasuki hari kedua hari ini, dan terdapat desas-desus bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kehadiran mengejut di Dataran Merdeka malam semalam, akan sekali lagi hadir petang ini.

Sumber yang rapat dengan beliau berkata sekiranya Dr Mahathir beliau berbuat demikian, ia adalah sesuatu yang tidak dirancang seperti kejutan yang dilakukannya malam tadi.

Semasa lawatan ringkasnya semalam pada jam 7.25 malam, Dr Mahathir telah diiringi oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kemunculannya semalam menarik perhatian ramai orang dan turut menjadi viral di media sosial.

Apabila ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir berkata ‘beliau datang hanya untuk melihat’.

BACA: [LAPORAN LANGSUNG] BERSIH 4: PERHIMPUNAN DI KUCHING DIHENTIKAN SERTA-MERTA


Perbuatannya dikritik oleh beberapa pemimpin UMNO. antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kehadiran Dr Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.