Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih semalam, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.
Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan.
"Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri.
"Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Ucapan Tun Mahathir di Pasar Seni curi tumpuan
BACA: Bersih 4.0: Empat perkara anda perlu tahu
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Dr Mahathir tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraannya, tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima.
Hari ini Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah sekali lagi meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni Kuala Lumpur bagi meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.
Polis sebelum ini telah mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 4 yang diadakan sejak Sabtu sebagai perhimpunan yang dikategorikan sebagai haram.
Astro Awani
Sun Aug 30 2015
![Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439640664_HishammuddinHussein.jpg)
HISAHAMMUDDIN: Tindakan Dr Mahathir jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446192451_MariaChin.jpg)
Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.
!['Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali 'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434868733_syedalialhabshee.jpg)
'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
![Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441595934_MatSabuGHB.jpg)
Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.
!['Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal 'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442305363_JamalMdYunos.jpg)
'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal
Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.
![Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438325408_MAHATHIRPC.jpg)
Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.
![Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437220802_LIOWTIONGLAI.jpg)
Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.
!['Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal 'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440519688_datukjamalmdyunus.jpg)
'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Bersih 4 akhir bulan lepas hanyalah untuk menumpang populariti perhimpunan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441357199_Azalina.jpg)
Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk mengadakan perhimpunan Bersih akan datang di negeri di bawah pentadbirannya.
![Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441271783_NAJMIL.jpg)
Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil
Mana-mana pihak dianggap biadab apabila menyalurkan kemarahan atau tidak puas hati dengan tindakan memijak gambar pemimpin.
![Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439480627_KhalidAbuBakar.jpg)
Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu
PDRM akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan.