Polis Sarawak tidak akan mendirikan sebarang halangan di Padang Song Kheng Hai selepas penganjur perhimpunan Bersih 4.0 edisi Sarawak, Nickolas Anson mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS).
"Bagaimanapun, penganjur harus patuh kepada beberapa syarat yang ditetapkan," kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataan.
Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah perhimpunan hendaklah statik dan sebarang pergerakan tidak dibenarkan.
Peserta juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak dan dan mematuhi syarat-syarat lain seperti yang telah diserahkan kepada penganjur pada 20 Ogos 2015.
Peserta perhimpunan turut dinasihatkan meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan dan tidak menghalang perjalanan lalu lintas.
Pihak polis juga menasihatkan penganjur untuk mengawal perilaku peserta perhimpunan supaya tidak melanggar undang-undang.
Ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sehingga boleh mengugat keselamatan awam.
Hakim Rahman
Thu Aug 27 2015
Penganjur harus patuh kepada beberapa syarat yang ditetapkan, kata ACP Roslan. - Gambar Fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Bersih 4.0: Maria Chin didakwa
Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung perhimpunan itu.
Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.
Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat jam 6 petang tiada sebarang insiden berlaku dan tiada penangkapan dilakukan pihaknya.
Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri itu menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan.
Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.
Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro
Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Salleh ulangi gesaan supaya SKMM pantau laman web
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya SKMM memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Kumpulan Anti Bersih 4.0 batal hasrat berhimpun Sabtu ini
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.