Peningkatan kadar penembusan jalur lebar yang dilaporkan mencecah 75 peratus menimbulkan impak yang signifikan dalam penyaluran dan berkongsian maklumat antara rakyat negara ini, sama ada maklumat yang sahih atau sebaliknya.
Namun, platform media sosial di Malaysia didapati kian hari ditabur dengan bertubi-tubi pelbagai dakwaan,tohmahan, fitnah, dan pembohongan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.
Kedudukan penggunaan media sosial di Malaysia dilihat jauh berbeza dengan kedudukan penggunaan media sosial di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan UK.
Baru-baru ini ada dikesan beberapa individu dan kumpulan mengguanakan media sosial untuk mempengaruhi minda rakyat dalam mencapai agenda politik mereka.
Malah kumpulan yang mempunyai agenda politik tertentu didapati menggunakan media sosial secara maksimum untuk menabur fitnah dan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas terhadap kerajaan kepimpinan dan personaliti Najib sendiri.
Walaupun tohmahan-tohmahan terhadap kerajaan kepimpinan Najib tidak berasaskan kepada bukti yang kukuh dan nyata malah persepsi, tetapi rakyat didapati terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan tersebut.
Sehubungan itu Najib, selaku seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat tidak mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjawab tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadapnya dan kerajaan.
BACA: Keyakinan dan sokongan ikhlas rakyat beri saya kekuatan - Najib
Najib mengenal pasti 13 dakwaan yang perlu dan penting dijawab agar rakyat mengetahui kebenarannya.
Najib juga didapati tidak teragak-agak dalam menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya.
BACA: 1MDB: Seluruh Kabinet bertanggungjawab, bukan Najib seorang - Ku Li
Walaupun Najib telah berkali-kali menjawab beberapa tuduhan terutamanya terhadap isu kematian wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu dan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tohmahan dan tuduhan mengkaitkan Najib dengan hal ini masih dibangkitkan dan menjadi bahan perkongsian antara netizen dalam media sosial.
Sehubungan itu, Najib didapati tidak melahirkan kekecewaan dalam hal berkenaan malah terus tampil hadapan untuk menjawab tuduhan-tuduhan peribadi yang dilemparkan terhadapnya, kepimpinannya serta kerajaan kepimpinan beliau.
BACA: Hasil memberangsangkan Program Transformasi adalah untuk rakyat
Dalam sejarah negara, tidak ada seorang Pendana Menteri yang menghadapi cabaran seperti ini kerana suasana infrastruktur media sudah berubah, pemikiran rakyat sudah berubah akibat kemunculan kemudahan teknologi informasi yang memungkinkan segalanya.
Setiap orang kini berpeluang menggunakan kemudahan sosial untuk menyuarakan pendapat mereka. Kewartawan kini dilihat milik rakyat dan bukan monopoli sesuatu kumpulan yang dilatih dalam bidang kewartawanan semata-mata.
Etika dan pantang larang kewartawan sudah tidak lagi mengawal dan melarang sesiap menyuarakan pendapat malah melemparkan tohmahan dan tuduhan secara bebas dalam media sosial untuk paparan orang ramai.
Dengan latar belakang ini, satu gejala menerima pembohongan dan menolak kebenaran menjadi amalan dan budaya rakyat.
Ada yang mendakwa Najib mengelak untuk menjawab terhadap tuduhan yang ditimbulkan. Ada pula yang mendakwa jawapannya tidak tepat. Amalan dan budaya semasa ini boleh mengundang kehancuran politik yang sihat yang terbina sejak merdeka.
Sekiranya meneliti semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib dan kerajaan, adalah didapati ia semata-mata bermotif politik kerana tuduhan dan dakwaan yang dikesan tidak merujuk kepada kelemahan dasar yang digubal oleh kerajaan untuk mendatangkan pembangunan kepada negara dan kesejahteraan kepada rakyat tetapi lebih bersifat andaian.
Umumnya, dalam sesebuah sistem kerajaan berdemokrasi, dasar dan kaedah pengurusan ekonomi negara oleh kerajaan yang memerintah akan menjadi fokus perbincangan dan kritikan parti pembangkang.
Kita lihat di AS, berdebatan hebat mengenai pendirian parti republikan dan demokrat terhadap dasar ekonomi negara mereka akan menjadi bahan 'discourse' di dalam media sosial. Di UK pula, dasar dan pendirian diantara parti konservatif, liberal dan buruh akan menjadi topik perbincangan di kalangan rakyat di sana.
Tetapi bagaimana kedudukan di negara ini? Kita melihat lebih banyak hal terhadap gaya hidup pemimpin utama negara dan isterinya menjadi sasaran kritikan dan bahan perbincangan di kalangan pemimpin dan penyokong parti pembangkang malah pengguna media sosial.
Malah pembohongan terhadap pemimpin dan isterinya didapati mendahului dan menggelami pencapaian serta kejayaan dasar-dasar ekonomi yang dicapai pemimpin utama negara.
Rakyat harus menilai prestasi Najib selaku perdana menteri sebelum menyertai kumpulan yang mendesaknya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri agar agenda mereka tercapai dengan mudah.
Najib selama ini tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk membela kepentingan rakyat malah memajukan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Indikator ekonomi sendiri jelas menunjukkan Najib berjaya menghasilkan prestasi yang cemerlang dan menakjubkan.
BACA: Najib nafi BR1M rasuah, sebaliknya satu langkah ekonomi
Antara dakwaan yang dibangkitakan dalam media sosial adalah BRIM sebagai satu bentuk rasuah. Apakah benar BRIM satu bentuk rasuah yang dilaksanakan oleh Najib?.
BRIM adalah satu kaedah jaringan sosial yang dicadang oleh Jawatankuasa Fiskal Negara yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi dan pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. BRIM adalah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan pendapatan rendah dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang didapati luar kawalan kerajaan dalam satu sistem ekonomi bebas.
DAKWAAN MENGENAI 1MDB
Begitu juga dengan dakwaan 1MDB. IMDB dituduh melenyapkan hampir RM42 bilion wang rakyat. Apakah tuduhan ini berasas dan sudahpun dibuktikan dengan kaedah pengauditan akaun kewangan 1MDB?
Adalah tidak adil bagi mengukum kerajaan berdasarkan pada persepsi dan khabar angin. IMDB, selaku sebuah syarikat perniagaan raksasa milik kerajaan perlu diberi keadilan yang sewajarnya.
BACA: Najib yakin kerajaan mampu ambil langkah kurangkan hutang 1MDB
Namun, dalam masa lima tahun sahaja, syarikat ini didakwa kononya telah rugi besar . Walaupun tidak ada bukti atau rasional dalam dakwaan tersebut, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarah Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) untuk memeriksa akaun 1MDB.
Penyampaikan laporan siasatan IMDB kepada kerajaan sudah pasti akan mendedahkan kepada rakyat kedudukan sebenar terhadap status akaun IMDB seperti laporan Ketua Audit Negara terhadap lain-lain agensi kerajaan.
Namun, ada pihak yang cuba menimbulkan perasaan curiga dan wasangka terhadap laporan yang bakal sediakan oleh Ketua Audit Negara malah mendakwa Ketua Audit Negara dan PAC akan bertindak bias dalam penyediaan laporan mereka. Apakah mereka yang mengelirukan rakyat dengan dakwaan seperti ini tidak sedar bahawa PAC adalah satu jawatankuasa yang disertai oleh lima orang ahli termasuk daripada parti pembangkang?
Sehubungan saranan Najib yang menyeru rakyat sabar dan menolak sebarang andaian-andaian yang tidak berasas malah menunggu laporan Ketua Audit Negara dan PAC sebelum membuat keputusan terhadap prestasi 1MDB adalah paling tepat pada masa ini.
BACA: RMK11: Ucapan penuh pembentangan oleh PM Najib
Dengan pelancaran Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), rakyat seharusnya bersatu padu dan bertekad untuk menjayakan pelan yang terakhir dalam membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.
Malaysia akan menjadi negara maju malah negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Rakyat perlu menilai semula peranan dan prestasi masing-masing dalam menjayakan Wawasan 2020 dan bukan menghabiskan masa pendek yang ada pada kita untuk membincang permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan andaian.
BACA: #RMKe11, 'final lap' sebelum Malaysia capai status negara maju - Najib
Kesejahteraan rakyat lebih penting daripada kepentingan politik sesuatu kumpulan atau pemimpin politik yang menginginkan kuasa politik semata-mata.
Dengan Dasar Transformasi Nasional, Najib didapati lebih mementingkan kesejahteraan dan pembangunan ekonomi negara daripada kepentingan politik.
Rakyat harus bersama Najib dalam meneruskan agenda pembangunan negara dalam mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Dr Mahathir.
Apakah kita sedia melihat Malaysia mencapai Wawasan 2020 atau melakukan sesuatu yang boleh mengundang anarki politik atau ketidaktentuan stabiliti politik di negara ini?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*M.Periasamy merupakan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Media Statement
Wed May 27 2015
PERIASAMY: Bersatu bertekad tolak fahaman anarki politik. -Gambar fail
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur
Perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditangguhkan selepas bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak sihat akibat kurang tidur.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.