BANTING: Sepasang pengantin walaupun hanya sempat bersanding seketika sebelum kawasan rumah di Kampung Bukit Changgang di sini dilanda banjir semalam, menganggap ia memori 'terindah' dan pengalaman berharga buat mereka.
Muhammad Adib Fikri Zulkefle, 27, dan isterinya, Nur Fatin Liyana Zainuddin, 29, sedang bersanding dan bergambar di pelamin pada kira-kira 11 pagi ketika air melimpah masuk ke dalam rumah hingga ke paras paha.
"Memang agak terkejut sebab kawasan rumah ini tidak pernah banjir beberapa tahun lepas.
"Memanglah sedih bila rumah kena banjir dan majlis kahwin terpaksa dihentikan tetapi ia kenangan, saya akan beritahu kepada anak dan cucu nanti," katanya kepada Bernama hari ini.
Muhammad Adib Fikri berkata beliau dan ahli keluarga membuat keputusan untuk membungkus hidangan majlis kenduri dan memberikannya kepada jiran dan orang kampung.
"Agak terkilan tidak dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara ketika majlis perkahwinan tetapi banjir ini memang satu perkara yang tidak dijangka," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi banjir Selangor: Bencana ragut 10 nyawa, satu masih hilang
Nur Fatin Liyana, pula berkata beliau tidak dapat bertemu rakan-rakannya yang terkandas ekoran banjir besar melanda beberapa kawasan di Lembah Klang.
"Memang ada kawan-kawan dari negeri lain ingin datang ke majlis kami, tetapi ada yang terkandas dalam banjir dan banyak jalan ditutup," katanya.
Sembilan daerah Selangor terkesan dengan bencana banjir iaitu Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Kuala Langat, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat dengan 108 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri itu bagi menempatkan ribuan mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Muhammad Adib dan Nur Fatin cuba berfikiran positif walaupun majlis perkahwinan mereka terjejas akibat banjir. - Gambar/ Bernama
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
194 mangsa banjir di Sepang ditempatkan di tiga PPS
Seramai 194 individu melibatkan 53 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Sepang pada Khamis.
Banjir: Jambatan Dengkil-Banting runtuh dibaik pulih, keadaan bukan semakin buruk
Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih dan keadaannya bukan semakin teruk seperti tersebar di media sosial, hari ini.
Banjir Selangor: Rakit 'tong air' bantu mangsa
Rakit tersebut diperbuat daripada empat tong air besar sebagai pelampung, di samping kepingan pintu dan kayu terpakai sebagai tempat duduk, dawai pengikat dan batang buluh untuk dayung.
Banjir Selangor: Lelaki cuba redah banjir ditemui lemas
Mangsa ditemui lemas di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil hari ini.
Bersanding dalam banjir kenangan 'terindah' buat pengantin baharu
Sepasang pengantin walaupun hanya sempat bersanding seketika sebelum kawasan rumah di Kampung Bukit Changgang di sini dilanda banjir semalam.