KUALA LUMPUR : Keputusan pertuduhan terhadap Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui 3 Mei ini.
Perkara itu ditetapkan selepas pihak pembelaan selesai memanggil lapan saksi.
Menurut laporan Berita Harian, peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili pengasas Rumah Bonda itu memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen, pihaknya menutup kes selepas saksi pembelaan kelapan, pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai selesai memberi keterangan, petang ini
"Pihak pembelaan tiada mempunyai saksi lain, dengan berakhirnya keterangan saksi pembelaan kelapan, pihak kami menutup kes hari ini," katanya memetik laporan BH.
Keputusan sama ada Siti Bainun bersalah atau sebaliknya akan diketahui pada tarikh yang dinyatakan, kata hakim Izralizam Sanusi.
"Mahkamah merekodkan pihak pembelaan menutup kes pada hari ini. Mahkamah mengarahkan pihak-pihak mengemukakan hujahan bertulis di akhir kes pembelaan dan diserahkan kepada pihak lawan. Tidak mahu ada komen atau aduan tidak menerima.
"Jadi 7 April ini untuk hujahan dikemukakan dan diberikan kepada lawan masing-masing. Sekiranya ingin menjawab, maka saya berikan tarikh hujahan balas selama seminggu yang mana pihak-pihak kemukakan hujahan balas pada atau sebelum 14 April ini," ujar beliau.
Prosiding pada hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas dan Shakira Aliana Alias.
Terdahulu, Siti Bainun diarah untuk membela diri selepas atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella sehingga mengalami luka teruk di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Sekiranya didapati bersalah, Siti Bainun boleh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Astro Awani
Thu Mar 09 2023
![Bersalah atau tidak dera Bella, nasib Siti Bainun diketahui 3 Mei nanti Bersalah atau tidak dera Bella, nasib Siti Bainun diketahui 3 Mei nanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678357807_SitiBainun.jpg)
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. - fotoBERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714617624_SitiBainunjpg.jpg)
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
![Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699942785_TBBAINUN.jpg)
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
![Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712825248_tbBella.jpg)
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
![Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709791946_TBLokasipenemuan.jpg)
Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.
![Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709799685_SitiBainun.jpg)
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
![Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709791946_TBLokasipenemuan.jpg)
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
![Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708317025_TBbunuh.jpg)
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
![Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706955939_TBSHAMSULISKANDARBEL.jpg)
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
![Jenazah Bella selamat dikebumikan Jenazah Bella selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706095775_MilaSharmilahSamsu.jpg)
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.
![Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706077864_TBNorAzharjpg.jpg)
Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh
Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, Norhisham, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.