BUTTERWORTH: Sebuah syarikat kitar semula buangan terjadual di Bukit Minyak, Pulau Pinang didenda RM58,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas kesalahan membuat penstoran luar tapak bagi buangan terjadual tanpa lesen selain pengoperasian dijalankan tidak mendapat kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, syarikat itu didapati bersalah atas dua pertuduhan yang dikemukakan JAS.
Jelasnya, mahkamah mengarahkan syarikat tersebut, membayar denda RM8,000 untuk pertuduhan pertama iaitu beroperasi tanpa lesen manakala RM50,000 untuk pertuduhan kedua iaitu beroperasi tanpa memperolehi kelulusan EIA terlebih dahulu.
“Syarikat itu mempunyai lesen sebagai premis yang ditetapkan (buangan terjadual) bagi memproses buangan terjadual.
“Walau bagaimanapun mereka tidak mempunyai lesen dan kelulusan EIA bagi satu tapak penstoran luar tapak di Permatang Pauh di mana buangan di stor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Kata beliau, semua premis atau lokasi yang digunakan untuk aktiviti melibatkan buangan terjadual termasuk penstoran perlu mendapatkan kelulusan EIA di bawah Seksyen 34A (6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terlebih dahulu dan seterusnya memperoleh lesen di bawah Seksyen 18 akta yang sama.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 29 2022
Sebuah syarikat kitar semula buangan terjadual didenda RM58,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan membuat penstoran luar tapak bagi buangan terjadual tanpa lesen selain pengoperasian dijalankan tidak mendapat kelulusan EIA.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Beroperasi tanpa lesen JAS, syarikat kitar semula didenda RM58,000
Syarikat itu didapati bersalah atas dua pertuduhan yang dikemukakan Jabatan Alam Sekitar.