Agensi Padiberas Nasional Malaysia (Bernas) dinasihatkan tidak berasa terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi dalam membantu golongan petani dan pesawah membangunkan industri padi dan beras negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, agensi tersebut perlu mengorak langkah secara menyeluruh menerokai bidang baharu menjurus kepada pemodenan pertanian.
"Kita perlu didik petani, berikan mereka tumpuan kepada teknologi drone, smart farming khususnya kepada golongan petani muda. Bernas yang meraikan 25 tahunnya perlu menitik beratkan hal itu supaya dalam apa jua keadaan mereka tetap unggul dan mampu bersaing.
"Macam kita lihat syarikat multinasional yang lain dimana mereka peka terokai bidang baru yang mencabar. Bernas juga perlu kuasainya untuk menjadi jaguh antarabangsa mengajar segalanya kepada petani dan pesawah," katanya pada majlis Anugerah Tani Bernas (ATB) 2019 di sini pada Isnin.
Menurut Salahuddin, pihaknya juga akan membantu pihak Bernas dalam menyediakan keperluan bagi mendepani perkara itu.
Sementara itu, Pengerusi Bernas Megat Joha Megat Abdul Rahman berkata pihaknya menyokong kuat saranan kerajaan itu.
"Bernas menyokong hala tuju kementerian yang telah dilancarkan pada 14 Februari lepas untuk memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara.
"Peningkatan produktiviti beras tempatan bukan sahaja dapat ditingkatkan sekaligus mengukuhkan bekalan beras dalam negara tetapi akan turut mempertingkatkan taraf ekonomi luar bandar sejajardengan aspirasi kerajaan untuk mentransformasikan sektor agro makanan negara," katanya yang turut hadir pada majlis itu.
Sebanyak 11 anugerah disampaikan termasuk diumumkan tiga pesawah muda bagi tiga kategori utama pada majlis itu.
Anugerah Pesawah Cemerlang diraih Norzan Abdullah, 39, dari Kubang Rotan, Kedah yang terpilih berdasarkan sumbangan dan pencapaian yang konsisten dalam pengeluaran hasil padi yang baik dan bermutu tinggi membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, sebuah motosikal Kriss MR2, trofi dan juga sijil.
Muhammad Fadhlan Suhaimi, 29, dari Peringat, Kelantan dinobat selaku penerima Anugerah Khas Pesawah Belia dan Noorshamsina Shamsul, 34, dari Sungai Manik, Perak menerima Anugerah Khas Srikandi.
Kedua-dua mereka, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, sebuah motosikal, trofi dan sijil. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 18 2019

Salahuddin berucap pada Majlis Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad 2019 di Serdang malam tadi. - BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Bernas perlu sahut cabaran giatkan teknologi pertanian - Salahuddin
Agensi Padiberas Nasional Malaysia perlu mengorak langkah secara menyeluruh menerokai bidang baharu menjurus kepada pemodenan pertanian.