PUTRAJAYA: Keunikan rasa kerepek ngaku atau arrowhead yang berlemak mampu membuatkan mereka yang pertama kali mencuba jajan itu jatuh cinta dan "ketagih" untuk terus menikmatinya.
Hanya didapati ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, kerepek ngaku yang turut dipanggil sengkuang cina adalah antara juadah wajib kaum Tionghoa ketika sambutan itu, justeru tidak hairanlah snek berkenaan masih kurang dikenali masyarakat Melayu.
Menyedari potensi pasaran kudapan berkenaan dalam kalangan komuniti Islam, Nurul Farah Hamizah, 27, memutuskan untuk membuat dan menjual kerepek yang menjadi kegemarannya itu.
"Rasa ingin tahu saya tentang rasa kerepek ini tercetus selepas melihat iklan dalam media sosial pada 2017.
"Ketika itu saya sedang hamil anak pertama dan jadi mengidam untuk merasa kerepek tersebut," ceritanya kepada Bernama.
Menurutnya, selepas pertama kali mencuba dia terus terpikat, namun disebabkan harga yang agak mahal iaitu boleh mencecah RM20 untuk 200 gram, dia memutuskan membuat sendiri snek itu dengan belajar daripada video yang banyak dikongsikan di laman sosial.
HANYA SETAHUN SEKALI
Ujar Nurul Farah lagi, dia mula menjual kerepek itu pada 2018 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan, khususnya daripada orang Melayu.
"Tidak sangka rasa kerepek ngaku ini diterima baik oleh orang Melayu, mungkin kerana rasa lemak-lemaknya yang lain daripada kerepek ubi biasa.
"Malah, ramai yang mula bertanya tentang kerepek ini selepas Tahun Baharu Cina, namun saya jelaskan ubi ini hanya ada semasa raya Cina, iaitu setahun sekali," katanya yang menggunakan platform perniagaan dalam talian untuk memasarkan kerepek ngakunya.
Menurut wanita itu, harga arrowhead mentah di pasaran boleh mencecah RM10 sekilogram dan dia menjual kerepek tersebut pada harga RM30 untuk balang bersaiz 450 gram.
"Selain harga sengkuang cina ini yang agak mahal, proses membuat kerepek juga renyah," jelasnya, menambah pada tahun lepas dia berjaya menjual hampir 200 balang kerepek ngaku menggunakan 170 kg ubi berkenaan.
KUPAS, SAGAT DAN GORENG
Bercerita tentang proses membuat kerepek itu, Nurul Farah berkata ubi perlu dikupas sebelum disagat terus ke dalam kuali berisi minyak yang sudah panas.
"Bayangkan, untuk mengupas 10 kg ngaku saya ambil masa tiga jam, dan untuk menggoreng pula lima jam.
"Ini kerana proses menggoreng perlu dilakukan secara hati-hati dengan api yang perlahan kerana ubi ini jenis berair dan mengambil masa untuk benar-benar garing.
"Kena api perlahan agar kerepek tidak hangus dan warna pula kuning keemasan," jelasnya dan mengakui pernah melecur terkena percikan minyak panas.
Menurut wanita itu lagi, pada peringkat awal dia mencampurkan garam pada kerepek namun pemerhatiannya mendapati kaum Cina tidak berbuat demikian, sebaliknya digoreng begitu sahaja.
"Saya cuba buat begitu dan bila diberi kepada jiran-jiran, mereka kata mereka lebih gemar kerepek tanpa garam sebab rasa lemak ngaku yang lebih asli," ujarnya.
Kongsi ibu kepada dua cahaya mata itu dia juga bertuah kerana suaminya Ahmad Munzir Shahril, 41, yang juga seorang peniaga, banyak membantunya dari segi strategi perniagaan selain turut 'mengkritik' kerepek yang dihasilkan.
"Saya akan tambah baik berdasarkan komen suami kerana dia berniaga cakoi, jadi dia lebih tahu cita rasa pelanggan," kata Nurul Farah yang telah melakukan persediaan awal untuk menyediakan kerepek itu bersempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
ARROWHEAD DAN TAHUN BAHARU CINA
Arrowhead merupakan sejenis tumbuhan akuatik bermusim yang hanya boleh ditemukan semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
Ubinya berbentuk seakan bawang dan bersaiz kecil, sementara isi pula berwarna putih.
Bagi masyarakat Cina, ubi ngaku atau arrowhead atau sengkuang cina ini melambangkan kemajuan yang berterusan kerana daunnya yang seakan pokok bunga lili itu tumbuh menegak ke langit.
Justeru kata mereka, sambutan Tahun Baharu Cina tidak akan lengkap tanpa kerepek ngaku ini.
Lazimnya, sengkuang cina yang ada di pasaran negara ini diimport dari China. -- BERNAMA
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Jan 29 2022
Nurul Farah Hamizah yang terpikat pada keenakan kerepek ngaku apabila pertama kali merasai sendiri pada 2017 bertekad untuk membuat sendiri kerepek berkenaan kerana harga agak mahal berbanding kerepek lain. -Bernama
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Bermula dengan 'ketagihan', kini kerepek ngaku jadi sumber pendapatan
Hanya didapati ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, kerepek ngaku adalah antara juadah wajib kaum Tionghoa ketika sambutan itu.