SEJAK di bangku sekolah, plastisin (bahan tanah liat yang mudah dibentuk) tidak pernah lekang dari jari jemari anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Malah, hobinya itu berterusan hingga dia menginjak usia belasan tahun dan sesekali pernah disindir orang sekeliling yang menyifatkan perangainya kebudak-budakan.
Kini Muhammad Amin Kamarul Bahar, 27 tahun, berjaya membuka mata ramai pihak apabila hobi uniknya itu menjadikan dia kreatif dalam menghasilkan pelbagai kek bertema yang nampak 'hidup'.
Muhammad Amin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Halus di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Setelah tamat pengajian, darah seninya itu diterjemahkan pula dalam bentuk pembuatan kek, tidak kurang juga agar-agar 3D.
Jelasnya, tahap kerumitan kek yang dihasilkannya bergantung kepada jenis, selain ketelitian dan kehalusan sentuhan akhir.
"Sejak kecil, saya memang suka main plastisin, sampailah sekolah menengah. Kadang-kadang ada juga yang sindir, katanya macam budak-budak.
"Tetapi, jujur saya cakap, dengan plastisin itulah saya mula mereka macam-macam bentuk, membawa kepada apa yang saya pelajari sampai ke peringkat universiti.
"Apabila menyambung pelajaran di peringkat ijazah, saya tunjuk kebolehan itu kepada pensyarah dan mereka turut kagum dengan hasil seni di kelas," katanya ketika dihubungi.
Ujar anak bongsu daripada lima beradik ini, ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dan latihan industri selama dua bulan di Indonesia turut menyumbang kepada kejayaannya sekarang.
"Seni halus yang saya belajar dulu ada kaitan juga dengan perniagaan yang saya ceburi sekarang. Ia tidak jauh berbeza, kerana kesenian jadi aspek utama.
"Saya jalani latihan industri di Indonesia dalam bidang seramik. Di sana ada artis seramik yang beri tunjuk ajar," katanya lagi.
Ketika ini, Muhammad Amin mengusahakan kedai kek bersama-sama isterinya, Nor Liana Asraf di Manjoi.
Ujarnya, antara kek unik yang pernah dihasilkan termasuk watak dalam komik One Piece iaitu gabungan Monkey D Luffy (hero) dan King Beast Kaidou (naga), selain itu watak popular Chucky, buaya dan tepak sirih.
"Untuk kek Chucky, bahagian yang agak rumit ialah di mukanya, kerana perlu seimbangkan warna serta parut jahitan.
"Kek komik One Piece pula, mengambil masa 18 jam. Antara cabaran untuk hasilkan kek ini ialah di bahagian kepala dan badan, untuk tegakkan, kemudian lekat di struktur. Proses itu agak rumit," katanya lagi.
Tambahnya, pelanggan kini cenderung memilih kek yang lebih moden dan mempunyai tema ketika meraikan majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan.
Selagi boleh, katanya, dia akan memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kek bertema mengikut idea dan cita rasa masing-masing.
Di samping itu, dia juga sering menghasilkan fondant (lapisan tebal yang diperbuat daripada gula, air dan berwarna) yang dibentuk menyerupai watak-watak di dalam filem atau komik.
Selain keunikan, dia turut menitikberatkan rasa bagi setiap kek yang dihasilkannya. Pendek kata, ia bukan hanya cantik dipandang semata-mata.
"Prinsip saya ialah, sebagaimana kita rasa makanan itu sedap, macam itulah kita jual kepada pelanggan. Tak mahu hanya nampak cantik saja tapi rasa hambar.
"Kadang-kadang ada juga kek yang tak jadi, kering atau tak cukup gula. Sebab itu penting untuk kita rasa dan tambah apa yang kurang.
"Ibu saya sentiasa menjadi mentor kerana dia selalu beri tunjuk ajar dalam penghasilan kek atau biskut," katanya.
Muhammad Amin bagaimanapun menambah, banyak lagi yang perlu dipelajarinya, khususnya untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan selama ini.
"Apa yang saya mahu tonjolkan ialah kek bertema. Insya-Allah saya cuba hasilkan rekaan yang menarik dan kalau boleh yang pelik dan menarik," katanya.
Aida Aziz
Wed Apr 13 2022
Muhammad Amin menunjukkan koleksi patung plastisin miliknya ketika ditemui di kediamannya di Ipoh baru-baru ini. - Foto ihsan Muhammad Amin
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Berkawan baik dengan plastisin, Muhammad Amin mahir hasilkan kek bertema
Hobinya berterusan hingga belasan tahun menyebabkan dia pernah disindir mereka yang menganggapnya kebudak-budakan.