ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 3 Februari 2021.
1) Rasuah: Isa Samad dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda RM15.45 juta
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi, dan denda RM15.45 juta atas bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
2) Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika menjatuhkan hukuman berkata, hukuman penjara enam tahun adalah untuk setiap satu pertuduhan, namun ia berjalan serentak.
3) Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
4) "Jadi...kami berdua kalah" - Tun M dakwa hanya 62 Ahli Parlimen sokongnya jadi PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberitahu kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau mampu mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, seterusnya mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
5) COVID-19: Pesakit ketiga bawah 40 tahun maut tanpa kaitan penyakit lain
Seorang lelaki berusia bawah 40 tahun menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat COVID-19 tanpa menghidap sebarang penyakit lain.
6) COVID-19: 4,284 kes baharu, 18 kematian dicatatkan
Sebanyak 4,284 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 226,912 kes.
7) Banyak perkara baharu boleh dilakukan selepas bersara- Nicol
Selepas hampir tiga dekad menumpukan sepenuh masa dalam sukan skuasy, termasuk hampir 20 tahun sebagai pemain profesional, ikon skuasy negara Datuk Nicol David, kini mempunyai masa untuk melakukan banyak perkara baharu dalam hidupnya.
8) Pesara, bekas dan petugas polis terima bayaran 'one-off' RM500 mulai Mac
Seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac hingga November ini.
9) Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam, yang didakwanya melakukan fitnah menerusi petikan dari sebuah buku yang baru dikeluarkan bertajuk "My Story: Justice in the Wilderness".
10) Saya dan Tommy baik sahaja, malah cadangkan anugerah Tan Sri untuknya - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa hubungan beliau dan Tan Sri Tommy Thomas baik-baik sahaja sewaktu kedua-duanya menjawat jawatan tinggi dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
Nickyson Nyambar
Wed Feb 03 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.