ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Julai 2024.


1. Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA

Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menampung kos operasi ladang susulan langkah penyasaran subsidi diesel.



2. SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda

Kerajaan mengumumkan peruntukan RM100,000 buat setiap tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani).


3. PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam insiden tembakan terhadap calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika berkempen di Pennsylvania.


4. 'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa 'sakit' dan memerlukan rawatan.


5. UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat

Tidak mustahil UMNO yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.


6. Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman

Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.


7. 'Aku tembak, aku tembak!'

Itu ugutan penyeludup bersenjata pistol beberapa kali sebelum melepaskan dua das tembakan yang nyaris meragut nyawa penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dalam serbuan di Pulau Ular di sini pada 19 Jun lalu.


8. AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan dakwaan wujudnya masalah dalaman antara sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan pemuda UMNO.


9. Polis bongkar makmal proses heroin, tahan empat lelaki bersama dadah RM178,000

Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan makmal memproses heroin serta syabu selepas menahan empat lelaki bersama pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai RM178,500 dalam siri serbuan di daerah Timur Laut.


10. SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024

Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam ini.