ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 November 2023.
1. Muhyiddin seru tinggalkan UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan 'fatwa' harus untuk ahli UMNO meninggalkan parti itu.
2. Ahli Parlimen Bukit Gantang pula isytihar sokong PM
Ahli Parlimen pembangkang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
3. JDT luas kuasa ke Jepun
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunjukkan minat untuk merintis sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) ke Jepun dalam bidang sukan dan ekonomi.
4. Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
5. Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.
6. Penganjur konsert di Kelantan gagal patuhi peraturan, akan didenda
Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.
7. RUU GEG baharu hanya larang jualan produk tembakau kepada golongan 'belum dewasa'
Kementerian Kesihatan telah menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 daripada bacaan kali kedua, dan menggantikannya dengan yang baharu untuk bacaan kali pertama.
8. Beku akaun Aman Palestin: SPRM sedia kemuka justifikasi kepada mahkamah
SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aman Palestin.
9. Pelantikan Ahli JKMR manifestasi Kerajaan MADANI banteras rasuah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) hari ini sebagai manifestasi Kerajaan MADANI untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat bagi membanteras gejala rasuah di negara ini.
10. Keputusan pinda terma GEG, selepas dengar cadangan Peguam Negara - Dr Zaliha
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) meminda terma Generasi Penamat (GEG) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Astro Awani
Tue Nov 28 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 November 2023.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.