ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 September 2023.
1. Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
2. "Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA - Muar) mendakwa keputusan melepas tanpa bebas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan “pembohongan besar peringkat nasional.”
3. Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa dari agensi penguatkuasaan direman selama enam hari kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan yang melanggar undang-undang di negeri ini.
4. Pembaca berita Raymond Goh meninggal dunia
Pembaca berita Nightline TV3, Raymond Goh meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi.
5. Lelaki dipercayai warga Malaysia ditahan di Norway, disyaki mengintip - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.
6. Kes pengacara Awal Ashaari rosakkan palang digugur
Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, menggugurkan pertuduhan terhadap pengacara, Awal Ashaari berhubung kes melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal.
7. ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
8. Ahmad Zahid ketuai Jawatankuasa Kabinet perkasa pensijilan, industri halal negara - PM
Semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu Jawatankuasa Kabinet, bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Kontroversi lagu 'Hello Kuala Lumpur' di YouTube cetus kemarahan netizen Indonesia
Video yang didapatkan dari saluran Lagu Kanak TV itu didakwa mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik yang berasal dari Indonesia iaitu 'Halo, Halo Bandung'.
10. Papagomo didenda RM2,100 cederakan, sebut perkataan kurang sopan terhadap Syed Saddiq
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Wan Muhammad Azri, 40, pada akhir kes pembelaan.
Astro Awani
Tue Sep 12 2023

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 September 2023.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.