ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Julai 2023.

1. Salahuddin alami pendarahan otak, jalani pembedahan 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.


2. Pas maafkan kesilapan Tun M - Mohd Amar

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menerima secara terbuka sokongan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini. 


3. 60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa

Kuasa untuk memerintah negeri dan menentukan hala tuju pembangunan Sarawak adalah legasi kemerdekaan tertinggi diwariskan kepada penerus generasi negeri ini.


4. Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga esok dibatalkan serta-merta.


5. Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini ditidurkan dan berada dalam keadaan stabil.


6. The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia - JK-PUSPAL

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan kumpulan muzik British, The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.


7. Helikopter dalam ujian penerbangan terhempas di Subang

Sebuah helikopter dilapor terhempas ketika menjalani ujian penerbangan di Subang pada pagi Sabtu.


8. Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuat ketetapan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, pada 12 Ogos ini.


9. Ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam masyarakat untuk elak situasi tegang - PM

Bagi menyemai elemen berkenaan dalam kalangan masyarakat, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau sentiasa menjemput ulama terkenal dari dalam dan luar negara untuk menyebarkan ilmu melalui majlis agama yang diadakan secara berkala.


10. JDT julang Piala FA, tundukkan KL City FC 2-0

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar rekod cemerlang dalam saingan Piala FA selepas menundukkan KL City FC 2-0 di pentas final.