ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Mei 2023.

1. Dewan Rakyat kecoh gara-gara sebut 'Kerajaan Tan Sri Muhyiddin'

Hari pertama sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini sedikit 'tegang' susulan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng didakwa menyebut nama 'Tan Sri Muhyiddin Yassin'.


2. Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod, FF8 menduduki bidaan tertinggi dengan RM950,000.


3. Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, berhubung satu kenyataan fitnah, empat tahun lalu.


4. "Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah"

Ahli Parlimen dari blok pembangkang menyifatkan kerajaan mengambil langkah 'tempang' kerana menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.


5. Michelle Yeoh terima pengiktirafan, terima anugerah khas di Cannes

Tan Sri Michelle Yeoh terus menerima pengiktirafan, kali ini di Festival Filem Cannes apabila dia dianugerahkan dengan anugerah khas Kering’s Women in Motion Award.


6. Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh

Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.


7. PN Perak nafi ada usaha tukar kerajaan

Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan terdapat usaha untuk menukar kerajaan negeri sedia seperti yang dihebahkan.


8. Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest

Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.


9. Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia ketika pendakian pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Kem 4 ke Everest Base Camp hari ini.


10. PM terima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.