ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 April 2023.

1. Kadar khas bayaran saman RM50 setiap satu mulai hari ini - Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.

2. "Menyesal kahwin dengan Syamsul" - Puteri Sarah

Konflik rumah tangga Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38,dan Syamsul Yusof, 39, terus memperlihatkan tanda-tanda belum reda apabila kedua-dua mereka saling berbalas kenyataan di media sosial.

3. 'Saya kena kuat lawan kanser' - Khalid Ali

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan lalu.

4. Pas tak boleh masuk ke 'dapur masakan' DAP - Hadi Awang

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak boleh ditipu dan diheret keluar daripada dasarnya serta hala tuju Islamnya.

5. Ingat isteri dan anak terjatuh, suami tertinggal pembonceng lepas 2 jam perjalanan balik raya

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.

6. Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

7. Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM siasat

Pihak Imigresen telah mengarahkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan.

8. Pergolakan di Sudan: Dua warga Malaysia dibawa keluar

Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan ke lokasi selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri  Zambry Abdul Kadir.

9. Lima iklan Aidilfitri 2023 menarik untuk ditonton!

Tiba sahaja Syawal, pasti ramai yang menantikan iklan Raya paling best daripada syarikat terkemuka. Paling yang dinanti sudah tentu mesej yang mahu diketengahkan kepada penonton.

10. Agong titah rakyat untuk terus bersatu, kekalkan keamanan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar daripada rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama dalam aspek kebebasan beragama.