ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
1. Syarikat terkemuka China setuju jadikan Malaysia hab serantau - PM
Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Jabatan, agensi kerajaan diminta anjur majlis ilmu sepanjang Ramadan
Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Tak dapat bahas pengeluaran KWSP, semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan
Baru beberapa minit Dewan Rakyat mula bersidang, kekecohan timbul hari ini apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari dewan.
4. Jemaah umrah terkandas di Mekah, tak mampu bayar bil rawatan
Seorang jemaah umrah yang mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia masih ditahan di Hospital Al Shefa Syarif Mansour di Mekah ekoran masih belum melunaskan bil rawatan sepenuhnya.
5. Diana Danielle dedah Farid Kamil gagal bayar nafkah, mungkir janji bayar semula kos umrah
Pelakon Diana Danielle mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
6. Kes pecah amanah Najib, Irwan: Pendakwaan mohon tangguh bicara
Pihak pendakwaan memohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan kerana terdapat perkembangan baharu.
7. KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti dalam menetapkan garis panduan berhubung kebenaran kemasukan parti politik ke dalam kampus Universiti.
8. Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.
9. PM akan beri penjelasan berhubung lawatannya ke China di Dewan Rakyat esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan berhubung implikasi kewangan yang terlibat sekiranya semua pegawai perubatan lantikan kontrak diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.
10. KWSP: Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menjelaskan, kerajaan enggan memilih jalan singkat dan meninggalkan beban masalah kepada pimpinan lain pada masa hadapan untuk menyelesaikannya.
Astro Awani
Mon Apr 03 2023
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.