ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mac 2023.


1. Hari Wanita Antarabangsa 2023: KPM fokus isu pendidikan secara holistik - Fadhlina

Akses pendidikan yang seimbang antara lelaki dan wanita pada ketika ini bukan tiket untuk negara berasa selesa, sebaliknya isu akses lain seperti sekolah daif dan pendidikan awal kanak-kanak harus terus diberi perhatian.



2. Orang Wilayah Persekutuan banyak masalah, kemurungan tertinggi di Malaysia - Dr Zaliha

Wilayah Persekutuan merekodkan peratusan penduduk tertinggi yang mengalami masalah kemurungan dan anxiety di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.


3. Kertas Putih Kesihatan permulaan reformasi sistem kesihatan negara - Dr Zaliha

Kertas Putih Kesihatan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia untuk diteruskan sekiranya diterima, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


4.  Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M

Misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru itu terus menjadi persoalan, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga penumpang.


5. PM Anwar mahu GLC, GLIC buka lebih ruang kerjaya kepada wanita

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahukan perubahan yang memaparkan kemajuan nyata dalam meningkatkan peranan wanita.


6. Bekalan telur dalam negara dijangka pulih menjelang Aidilfitri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak pengeluar telur telah memberi jaminan mampu untuk memulihkan keadaan seperti empat tahun lalu.


7. Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL

Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.


8. Pemilihan UMNO: Saifuddin nafi buat keputusan peribadi, boleh cabar di mahkamah

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pengecualian kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, boleh mencabar perkara itu di mahkamah.


9. Belum ditahan, Muhyiddin akan dipanggil esok - Sumber SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Presiden Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.


10. Mangsa banjir di Johor meningkat, Melaka dan Pahang berkurangan malam ini

Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan malam ini manakala situasi di Melaka dan Pahang yang menunjukkan pengurangan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).