ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mac 2023.

1. Kes audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dilepas, dibebaskan 

Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad.

2. Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan lantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

3. Banjir: Kerajaan salur bantuan segera RM50 juta kepada Johor - PM Anwar

Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada negeri Johor.

4. Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor

Tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah darurat berhubung insiden banjir yang terburuk berlaku di negeri Johor.
 
5. Anwar saman Ahli Parlimen Pendang berhubung kenyataan fitnah di lobi Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri itu di lobi Parlimen.

6. Empat empangan di Johor catat paras bahaya

Empat empangan di negeri ini telah mencatatkan paras bahaya susulan hujan berterusan sejak Isnin.

7. Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan monsun

Johor terutama kawasan timur dan selatan dijangka akan menerima jumlah hujan yang luar biasa susulan berlaku peralihan musim monsun ke cuaca panas sehingga akhir bulan ini.

8. Agong mahu kerajaan kaji punca banjir tahunan, cari penyelesaian

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti punca banjir yang kerap berlaku setiap tahun terutama apabila tiba Monsun Timur Laut (MTL).

9. Seniman buat laporan polis filem 'Mentega Terbang'

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengesa pihak polis untuk menyiasat kandungan filem 'Mentega Terbang' yang didakwa mempunyai kandungan berunsur hasutan.

10. Selangor hantar bantuan banjir ke Johor esok - Amirudin

Kerajaan Selangor akan menghantar bantuan meliputi barangan keperluan asas dan makanan bagi membantu mangsa banjir di Johor, esok.