ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Disember 2022.

1. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh: PM arah SAR dijalankan secara rapi, menyeluruh

Semua pihak turut diminta tidak berkongsi di media sosial gambar yang mengaibkan mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali.

2. Keluarga Altantuya menang saman RM5 juta

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006 lalu, terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.

3. Pencerobohan data: Lima pegawai JPDP dan CSM periksa premis AirAsia - Fahmi

Proses siasatan masih lagi dijalankan manakala beberapa dokumen dan maklumat turut diambil bagi membantu siasatan.

4. Tanah runtuh Batang Kali: 'Saya cuba selamatkan mangsa tertimbus, korek tanah dengan tangan'

Salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Chong berkata, semasa kejadian, dia dan keluarga sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh.

5. Tanah runtuh Batang Kali: 'Saya korek tanah selamatkan bayi dan wanita tertimbus'

"Saya korek tanah dalam sampai jumpa bayi tertimbus," itu jelas salah seorang mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Astro AWANI di Balai Polis Ulu Yam pada Jumaat.

6. Tanah runtuh Batang Kali: 'Kedudukan tapak perkhemahan tidak ideal' - Pakar Geologi

Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer berpendapat kedudukan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali disifatkan sebagai tidak ideal untuk diduduki.

7. Tanah runtuh Batang Kali: 'Tidak tenang selagi tidak jumpa anak'

Itu harapan seorang wanita warga emas, Tan Ah Choe, 66 yang berharap agar anak perempuannya, Hong Mei Jing, 38 dapat ditemui selamat dalam tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting.

8. Tanah runtuh Batang Kali: RM10,000 kepada mangsa terkorban, RM1,000 setiap keluarga terlibat - PM

Kerajaan akan menyalurkan sumbangan bantuan RM10,000 kepada setiap mangsa yang terkorban dan RM1,000 bagi setiap keluarga yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada Jumaat.

9. Tanah runtuh Batang Kali: Mangsa terkorban meningkat 21 orang, pencarian diteruskan - TPM

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini fokus pencarian diteruskan bagi mencari 12 lagi mangsa yang masih hilang.

10. Tanah runtuh Batang Kali: Tempat perkelahan, perkhemahan di Selangor diarah tutup seminggu

Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di negeri Selangor diarah tutup selama tujuh hari mulai esok (17 Disember, 2022).