ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Ogos 2022.

1. Keputusan rayuan Abdul Azeez ditangguh ke 5 Sept

Mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat 'acute gastroenteritis'.

2. Anak Mat Sabu kekal bebas kes dadah

Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah.

3. Adakah kakitangan kerajaan wajar mendapat kenaikan gaji?

Penjawat awam perlu beramal dengan prinsip ukur baju di badan sendiri dan tidak berbelanja berlebihan mengikut nafsu semata-mata

4. Belanjawan 2023 dibentang 7 Okt - Wan Junaidi

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

5. Kereta kebal rosak, laluan tengah Jalan Damansara terhalang

Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.

6. "Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.

7. Arul Kanda tidak tahu penglibatan Hakim Nazlan dalam pinjaman 1MDB

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa beliau tidak mengetahui tentang penglibatan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam pinjaman RM4.17 bilion kepada dana kekayaan negara itu.

8. Taklimat Khas Presiden UMNO untuk terangkan keadaan, tenangkan ahli parti - Saarani

Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu ini adalah bertujuan menerangkan keadaan yang berlaku dan menenangkan ahli-ahli parti.

9. Shahril nafi Biro Politik UMNO beri amaran kepada PM

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menafikan laporan yang mengatakan Mesyuarat Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri.

10. TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.