ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Disember 2021.


1. [LAPOR LANGSUNG] Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut

Keadaan banjir di Taman Sri Muda beransur pulih apabila paras air semakin surut pagi ini berbanding sebelum ini apabila ia mencecah sehingga bumbung rumah.



2. Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Datuk Osman Sapian, 69 tahun, meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, jam 11.45 malam tadi.


3. Pasangan suami isteri ditahan, disyaki bersubahat lindungi Long Tiger

Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan selepas disyaki bersubahat dalam melindungi Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.


4. Noh Omar 'sekolahkan' MB Selangor, pertahan masih Pengerusi MKN Selangor

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.


5. KKM gantung penjualan tiket VTL darat, udara ke Singapura bermula esok

Penjualan tiket bas dan penerbangan ke Singapura di bawah Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat dan udara digantung sementara bermula esok sehingga 20 Januari depan.


6. Banjir: "Jangan panjangkan isu pertindihan kuasa, rakyat tak suka tengok" - Abd Latiff

Isu siapa yang betul atau salah mengenai pengurusan bencana Selangor, tidak seharusnya berlarutan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.


7. Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.


8. Razarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu, berkuat kuasa 26 Dis ini.


9. Tiada seorang pun Ahli Parlimen beri notis bahas isu banjir - Azhar

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menafikan beliau menolak usul membahaskan isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.


10. Najib tidak balas SMS berkenaan US$700 juta dilencongkan ke syarikat lain - Saksi

Mahkamah Tinggi diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membalas satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu beliau mengenai US$700 juta yang pada asalnya untuk satu usaha sama antara 1 Malaysia Development Bhd dan Petrosaudi International (PSI), telah dilencongkan ke satu syarikat lain.