ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Oktober 2021.
1. James Jemut Masing meninggal dunia
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
2. Kenaikan had hutang 65 peratus untuk biaya defisit bajet jangka sederhana - Zafrul
Apa yang lebih utama adalah kemampuan kerajaan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
3. Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak
"Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya begitu tinggi sekali,".
4. COVID-19: Kes harian menurun, 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam
Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,471,642 kes sejak pandemik bermula.
5. Konsert kala pandemik: Air mata Misha Omar, desah nafas penggiat seni
Sebuah venue berprestij kembali membuka pintunya dengan persembahan konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang Misha Omar pada Sabtu malam.
6. PRN Melaka: MN atau PN, Sanusi nafi Pas dalam dilema pilih rakan kerjasama
Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa parti itu tidak berada di dalam dilema atau menghadapi masalah dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.
7. Pajakan P. Pinang: Bukan minta duit 'free' tetapi tuntut hak Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri itu meminta wang percuma daripada kerajaan Persekutuan berkaitan isu membabitkan tuntutan bayaran royalti pajakan Pulau Pinang.
8. 4.8 juta golongan bujang dapat BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan seramai 4.8 juta individu bujang merupakan antara 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan dalam Bajet 2022 Jumaat lepas.
9. 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera
Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.
10. PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak
Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Astro Awani
Sun Oct 31 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Oktober 2021.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.