ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Jun 2021.
1. Buka Parlimen secepat mungkin atau undur diri - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan tegas menggesa Perdana Menteri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
2. Jadi, bilakah Parlimen akan bersidang?
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kini tertakluk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan tarikhnya.
3. PDRM tawar diskaun kompaun saman trafik sehingga 50 peratus mulai Jumaat
Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan.
4. STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Seramai 27 daripada 5,574 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020 memperoleh gred Mumtaz atau cemerlang.
5. Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.
6. Pelan Pemulihan Negara: Lagi bantuan tambahan dalam tempoh terdekat - Tengku Zafrul
Kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat Pelan Pemulihan Negara.
7. COVID-19: 5,738 jangkitan baharu, Negeri Sembilan melonjak dengan 1,086 kes
Sebanyak 5,738 jangkitan baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 678,764 kes.
8. Isu pemberian telefon pintar percuma: Pemuda UMNO Perak buat laporan polis terhadap Fahmi Reza
Pergerakan Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis berhubung dua hantaran di media sosial yang disifatkan berbaur fitnah berhubung pemberian telefon pintar percuma oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
9. Tiada lagi amaran, kilang langgar SOP PKP akan dikompaun terus - Hamzah Zainudin
Majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.
10. Buka Parlimen segera demi selesai isu COVID-19 - Anwar Ibrahim
Kerajaan perlu mempertimbangkan pembukaan segera Parlimen untuk memastikan segala persoalan mengenai isu COVID-19 dijawab.
Astro Awani
Thu Jun 17 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Jun 2021.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.