ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 17 Oktober 2020.
1) Penjual aiskrim warga Pakistan dipukul cuba cium remaja perempuan
Padah mencabul seorang remaja perempuan, penjual aiskrim warga Pakistan cedera dipukul oleh penduduk di Taman Seri Indah, Kepala Batas di sini.
Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek berusia 25 tahun itu menjual aiskrim kepada mangsa yang berusia 14 tahun dan adik perempuannya berusia enam tahun, di hadapan rumah mereka pada jam 4.45 petang Rabu lalu.
2) COVID-19: KKM kesan lima lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan telah mengesan sebanyak lima lagi kluster baharu penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Teduh, Kluster Menara, Kluster Keladi, Kluster Sentral, dan juga Kluster Bah Bemban.
3) Gangguan air: Henti tugas separa LRA Sungai Selangor Fasa 1 akibat paip bocor
Pengguna di 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa.
Pemberhentian tugas itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran, jelas Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu.
4) Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air
Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak semalam menyebabkan sebahagian kawasan rendah terutama berhampiran laut di Kuala Kedah dinaiki air, hari ini.
Tinjauan di sekitar pekan itu mendapati, kawasan Terminal Feri Kuala Kedah dan pelantar ikan di Kampung Seberang Kota dinaiki air sedalam antara 0.3 hingga satu meter.
5) Sarawak Memilih: GPS kekalkan Masing dan Liwan untuk bertanding
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Tan Sri James Jemut Masing dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang akan dikekalkan bertanding bagi merebut kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN 12).
Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kepimpinan Sarawak harus dibarisi oleh pemimpin yang berwibawa dan penuh kredibiliti.
6) Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular
Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.
Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.
7) Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini?
Mereka pernah bertemu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan Malaysia berjaya menundukkan Brunei 2-1.
Bintang baharu Portimonense SC, Muhammad Safawi Rasid sekali lagi bakal berdepan dengan bintang Brunei, Faiq Jefri Bolkiah untuk perlawanan Liga Primeira pada 10.30 malam Sabtu (waktu Malaysia).
8) Tidak hadir sekolah, kementerian bimbang ramai pelajar keciciran selepas COVID-19 - Dr Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan bimbang terdapat kelompok besar pelajar akan mengalami keciciran akademik jika pelajar kerap tidak hadir ke sekolah ketika negara menghadapi krisis COVID-19.
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin, berkata keadaan itu akan dapat dilihat sebaik krisis COVID-19 selesai.
9) Darurat langkah terakhir, reda kemelut politik negara - Pakar perlembagaan
KEMELUT politik yang berlaku di negara pada ketika ini seperti tiada tanda redanya.
Apakah mungkin jalan penyelesaian terbaik sekiranya rundingan antara parti-parti politik tidak dapat dicapai?
10) Kalau perlu ada penyatuan, kenapa tidak UMNO-Bersatu bentuk gagasan besar? - Penganalisis
DALAM arena politik negara saat ini, ada saja cerita demi cerita timbul dan terbaharu, kisah syarat UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menjadi topik perbincangan hangat.
Ramai memerhati, meneka dan meramal apa mungkin ‘end-game’ dalam Perikatan Nasional (PN) ekoran kemelut itu.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Oct 17 2020
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602854082_BTP.jpg)
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602854082_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.