KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini.
Beliau berkata pihaknya kini sedang berbincang mengenai perkara itu dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama di negara ini untuk dipersetujui.
"Pada waktu ini saya belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman tetapi harapan saya dalam masa yang singkat ada beberapa perkara dapat kita persetujui insya-Allah saya harap ada berita baik terutama bagi pengguna prabayar, kita akan tahu dua tiga hari, menjelang Isnin ini," katanya kepada media selepas program Kasih@HAWANA 2023 di sini hari ini.
Mengenai dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu hadapan.
Fahmi berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas terdapat beberapa perkara yang diminta perdana menteri untuk diteliti.
Ditanya berkenaan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan pejabat Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berhubung urusan pengambilan pekerja asing, Fahmi berkata orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa itu menjalankan tugas sebaiknya.
"Sekiranya ada apa-apa kes yang dibawa ke mahkamah kita akan ikuti (perkembangan) dan sebelum itu kita tak boleh prasangka kerana kita tak ada maklumat yang tepat dan penuh.
"Dan semua menteri telah diminta untuk memberi peringatan (kepada pegawai) dan saya sendiri dalam pasca-Kabinet ada beri peringatan kepada semua supaya berhati-hati kerana jangkaan adalah tinggi bahawa kerajaan ini komited untuk membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah," katanya.
Semalam Sivakumar dalam kenyataan memaklumkan beliau dan kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu bersabit isu membawa masuk pekerja asing.
Mengenai permohonan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Fahmi berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
![Berita gembira untuk pengguna pelan prabayar menjelang Isnin - Fahmi Berita gembira untuk pengguna pelan prabayar menjelang Isnin - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681446796_FahmiFadzil.jpg)
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kanan) ketika ditemui media selepas hadir pada program Kasih@HAWANA 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
![Berita gembira untuk pengguna pelan prabayar menjelang Isnin - Fahmi Berita gembira untuk pengguna pelan prabayar menjelang Isnin - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681446796_FahmiFadzil.jpg)
Berita gembira untuk pengguna pelan prabayar menjelang Isnin - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini.