“Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook miliknya, malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi rakyat dalam memilih parti yang selayaknya menjelang PRU14 nanti.
Beliau mengingatkan sekiranya rakyat cuba ‘beriman’ dengan segala dakwaan dan janji parti-parti yang ada, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar.
“Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik. Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat, itulah realiti yang ada.
“Kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang,” katanya.
Beliau berkata, dari segi tuntutan agama, seharusnya setiap individu hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip, sementara orang politik bicaranya berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi.
“Apa yang sedang kita saksikan daripada ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik.
“Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan, hari ini mereka beri label syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar, nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka,” katanya.
Justeru, Mohd Asri menasihatkan rakyat supaya memilih parti politik yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urus tadbir negara dengan lebih cekap dan telus.
“Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara. Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urus tadbir negara jika diberikan kuasa,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau mendakwa parti-parti yang gah dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, kesemuanya tiada ketelusan dan rakus terhadap kuasa.
“Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada.
“Mereka itu ‘ghuraba’ (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai ‘kehendak peribadi’ yang dihiasi dengan ungkapan ‘demi kepentingan rakyat’,” katanya.
Sinar Harian
Fri Apr 13 2018
Mohd Asri menasihatkan rakyat supaya memilih parti politik yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urus tadbir negara dengan lebih cekap dan telus. - Gambar fail/BERNAMA
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
'Beriman' dengan parti politik satu kesilapan besar - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan sekiranya rakyat cuba beriman dengan segala dakwaan dan janji parti-parti yang ada, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar.