Tiada satu negara pun yang melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membatalkan sistem cukai berkenaan, sekali gus membuktikan pelaksanaannya adalah relevan untuk pembangunan ekonomi negara.
Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sebaliknya berkata tumpuan harus diberikan kepada soal bagaimana GST dikembalikan kepada rakyat dan mengekalkan kadarnya pada yang sama dalam tempoh tertentu berbanding menghapuskannya.
"Kalau pihak pembangkang nak mempertikaikan soal GST, soal pulangan, soal angka-angka, malah dalam Bajet Alternatif mereka pun, mereka tolak GST, tetapi bagaimana pula dengan 160 buah lagi negara yang kita anggap politiknya lebih matang, tidak pula nak dibatalkan (GST).
"Malah, pihak pembangkang negara-negara itu pun tidak menjanjikan GST itu dibatalkan, sebaliknya yang menjadi perbahasan bagaimana ia harus diagihkan dan kadarnya dikekalkan," katanya ketika menjadi tetamu program khas Bicara Bajet 2018 yang disiarkan di TV1, malam ini.
Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu, turut menjemput anggota Parlimen Bandar Tun Razak (Bebas) yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen bagi membincangkan Bajet 2018 dan Bajet Alternatif oleh Pakatan Harapan yang dibentangkan baru-baru ini.
Shahrir berkata berbeza dengan negara lain, pengenaan GST di negara ini disifatkan adil dan tidak membebankan apabila memberikan banyak pengecualian kepada pelbagai barang dan perkhidmatan tertentu.
Katanya kerajaan juga menambah baik GST apabila dalam Bajet 2018, antaranya mencadangkan pengecualian cukai bagi perkhidmatan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini menunjukkan GST yang dilaksanakan mengikut acuan negara pada tahap pembangunan kita, dengan adanya banyak pengecualian, ia tidak membebankan rakyat," katanya.
Kenyataan tersebut disokong Khalid dengan menyifatkan pelaksanaan GST adalah munasabah kerana ia juga dilaksanakan di lebih 100 negara lain, yang menganggap cukai kepenggunaan adalah teknik paling munasabah untuk menambah pendapatan negara.
Beliau berkata ia dapat mengutip cukai secara menyeluruh memandangkan cukai-cukai lain mempunyai pelbagai masalah dari segi pengutipan dan hanya sebilangannya sahaja yang layak membayarnya.
"Umpamanya di Indonesia, walaupun ini bukanlah contoh yang baik, di sana daripada 260 juta rakyat, hanya 20 peratus bayar cukai pendapatan, jadi banyak kurang di situ. Jadi serupa juga di Malaysia, terdapat syarikat yang elak bayar cukai, jadi mekanisme yang sesuai ialah melaksanakan GST," katanya.
Khalid, bagaimanapun berkata pelaksanaan GST di negara ini dilihat mengurangkan kadar cukai pendapatan apabila kerajaan menawarkan pelbagai kelebihan terutama untuk golongan pertengahan dan bawahan.
"Walaupun ramai kata GST ini salah, tidak adil pada yang miskin, sebenarnya yang kaya membayar lebih kerana mereka lebih membeli dan menggunakan perkhidmatan, manakala yang miskin, kerajaan kena aturkan kebajikan mereka ini apa boleh dikembalikan pada mereka ini melalui kutipan GST, jadi pada saya GST ini tidak perlu lagi dibincangkan kecuali bagaimana duit itu (kutipan) digunakan sebaiknya," katanya.
Wong pula membangkitkan cadangan bajet pakatan pembangkang yang mahu mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menyifatkan cukai itu tidak akan membebankan rakyat apabila mengunjurkan kutipan cukai itu pada RM17 bilion, berbanding RM43 bilion di bawah GST.
"Saya tidak setuju SST lebih teruk, kerana mengikut data GST akan mengambil RM43 billion hasil tahun depan, SST paling-paling tinggi pun RM17 billion sahaja, kita lihat sejak GST diperkenal tiada pun turunkan potongan cukai pendapatan lain," katanya.
Kenyataan Wong itu ditempelak Khalid dengan menyatakan dengan SST, ramai peniaga yang mengelak membayar cukai dan dengan pengenalan GST, sistem tersebut membolehkan cukai dikutip dengan lebih telus dan hasilnya dikembalikan kepada rakyat.
Shahrir pula berkata SST lebih rumit selain kerajaan akan menambah baik sistem pelaksanaan GST dari semasa ke semasa sehingga ia berjaya mengurangkan kadar cukai pendapatan rakyat negara ini.
"Kita yakin kerajaan akan memastikan bagaimana hasil GST ini dikembalikan dengan pelbagai subsidi kepada rakyat. Jangan suka momokkan rakyat, polemik isu GST ini, sebaliknya kita perlu didik rakyat dan bagi mereka lihat, rasa bagaimana dana awam ini dibahagikan sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2017
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Khalid Ibrahim tidak pertahan kerusi Bandar Tun Razak
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beri tumpuan cara hasil GST dikembalikan kepada rakyat
Tiada satu negara pun yang melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membatalkan sistem cukai berkenaan, sekali gus membuktikan pelaksanaannya adalah relevan untuk pembangunan ekonomi negara.