Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Selasa memulakan pungutan suara berhubung empat cadangan inisiatif baharu dalam menambah baik pengurusan wang persaraan.
Tempoh diberikan untuk pencarum memberi maklum balas, pendapat dan cadangan adalah selama dua minggu. Walau bagaimanapun, gambaran awal keputusannya seperti sudah dijangka.
Hampir 90 peratus ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bersetuju dengan cadangan usia pengeluaran penuh caruman pada 60 tahun.
Menurut presidennya, Mohd Khalid Atan, rata-rata melihat usia pengeluaran pada 55 tahun adalah terbaik dan paling sesuai dengan perancangan hari tua yang telah dirangka.
“Bagi mereka, usia 55 tahun itu waktu paling sesuai untuk keluarkan semua simpanan. Wang tersebut dapat digunakan untuk memenuhi kehendak selepas sekian lama bekerja seperti melancong dan sebagainya. Ada juga yang merancang untuk melabur dan menggunakan wang tersebut sebagai modal perniagaan.
“Usia pengeluaran caruman pada 60 tahun seperti agak terlewat”, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berkenaan pelaksanaan pengurusan hilang upaya dalam syarikat antara MTUC, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bagi Khalid, pekerja harus terus diberikan pilihan waktu untuk mengeluarkan wang caruman masing-masing.
Bagaimanapun berbeza dengan pendapat Presiden MEF, Tan Sri Datuk Azman Shah Datuk Seri Haron, yang berpandangan pencarum akan memperoleh lebih keuntungan sekiranya wang caruman dilanjutkan simpanannya sehingga usia 60 tahun.
“Selagi wang berada dalam KWSP, ia akan dikompaunkan. Simpanan juga akan bertambah. Namun sekiranya wang caruman dikeluarkan sepenuhnya pada usia 55 tahun, maka tiada lagi simpanan. Ini kerana saya dapati kebanyakan pencarum tidak memiliki simpanan persaraan lain selain KWSP”, jelas Azman.
Di sebalik perbezaan pendapat itu, Khalid dan Azman bersetuju bahawa perancangan pengurusan kewangan yang rapi adalah cara terbaik dalam memastikan kestabilan ekonomi kehidupan selepas bersara.
Menurut statistik yang dikeluarkan KWSP, 78 peratus ahli aktifnya tidak mencapai sasaran simpanan asas iaitu RM196,800 setelah mencecah usia 54 tahun.
Sementara 68 peratus ahli yang berusia 54 tahun memiliki simpanan kurang daripada RM50,000.
Salah satu daripada empat inisiatif yang dicadangkan KWSP ialah memberi pilihan terhadap penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum yang ditetapkan kerajaan dengan tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan.
Dalam inisiatif pertama itu, dua cadangan dikemukakan:
Pertama, menganjakkan usia pengeluaran penuh daripada 55 tahun kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.
Kedua, mengekalkan usia pengeluaran penuh caruman pada 55 tahun kepada simpanan sedia ada dan memperkenalkan usia pengeluaran 60 tahun bagi mereka yang bekerja dan mencarum selepas usia 55 tahun.
Israr Khalid
Tue Apr 21 2015
KHALID: Hampir 90 peratus ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bersetuju dengan cadangan usia pengeluaran penuh caruman pada 60 tahun. -Gambar fail
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Presiden MTUC Khalid Atan meninggal dunia
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan meninggal dunia pagi tadi.
Beri pencarum kuasa buat pilihan - MTUC
Hampir 90 peratus ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bersetuju dengan cadangan usia pengeluaran penuh caruman pada 60 tahun.
MTUC cadang elaun sara hidup untuk sektor swasta
Presidennya Khalid Atan barkata, penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang COLA itu kepada sektor swasta.
Kerajaan minta kendali ambil pekerja asing
Kerajaan digesa mengendalikan urusan pengambilan pekerja asing, termasuk urusan pengendalian pembantu rumah .