Kerajaan digesa menangguhkan selama setahun penguatkuasaan undang-undang baharu Seksyen 17A di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 berhubung kesalahan rasuah syarikat korporat yang akan dilaksanakan 1 Jun ini.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, berkata penguatkuasaan seksyen tersebut berkait liabiliti korporat itu perlu ditangguhkan kepada 1 Jun 2021 bagi memberi tempoh mencukupi kepada syarikat meletakkan prosedur yang diperlukan.
Beliau berkata penangguhan itu perlu susulan penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan perniagaan dengan kebanyakannya kini memberi tumpuan kepada kelangsungan untuk terus beroperasi.
Menurutnya, cadangan penangguhan itu berdasarkan tinjauan kajian penilaian oleh Institut Tadbir Urus Korporat (MICG) terhadap 100 syarikat tersenarai teratas di Malaysia berkaitan 13 aspek program antirasuah, mendapati hanya 13 syarikat mencapai skor lebih daripada 90 peratus pada tahun lalu.
"Skor purata ialah 62 peratus manakala penyelesaian untuk langkah pematuhan adalah 54 peratus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
"Pandemik COVID-19 juga antara halangan dalam pelaksanaan peruntukan ini kerana ia menjejaskan aktiviti perniagaan. Banyak syarikat yang terjejas dengan COVID-19 dan ada juga yang menggulung tikar," katanya.
Beliau juga menyarankan agar SPRM melihat semula pelaksanaan undang-undang baharu itu dengan tujuan memperbaikinya berdasarkan standard dunia.
"Antara lain, akan lebih tepat untuk mengubah perkataan 'ganjaran' kepada 'bayaran tidak wajar' di bawah seksyen 17A kerana ia meliputi bidang yang luas dan ia digunakan dalam undang-undang United Kingdom (UK). Bayaran ini yang dilakukan oleh organisasi komersial untuk tujuan memperoleh sebarang kontrak dengan menyogok pihak berkaitan," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar SPRM boleh menambah klausa Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (DPA) dalam Seksyen 17A Akta SPRM seperti diamalkan di UK dan Singapura memandangkan syarikat asing yang mengambil keputusan untuk melabur di Malaysia akan turut melihat undang-undang antirasuah dan membandingkannya dengan negara lain yang mempunyai DPA.
"DPA memberi peluang kepada syarikat yang disiasat atas kesalahan liabiliti korporat melaksanakan program pematuhan dalam waktu yang ditentukan. Buat masa ini, kita tidak mempunyai prosedur sebegitu di Malaysia," katanya.
Seksyen 17A itu diluluskan Parlimen pada 5 April 2018 dan di bawah peruntukan undang-udang itu, syarikat atau organisasi komersial dikenakan hukuman jika membenarkan pegawai dan kakitangan mereka melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau mendapat sesuatu faedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Datuk Seri Akhbar Satar berkata penangguhan itu perlu susulan penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan perniagaan dengan kebanyakannya kini memberi tumpuan kepada kelangsungan untuk terus beroperasi. - Astro AWANI
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.