Hanya kerana 'sekuntum bunga', lima lelaki ditahan polis kerana disyaki merusuh dan memukul seorang remaja di Sri Perdana, Lahad Datu.
Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi di depan sebuah rumah di Taman Aman 3, Lahad Datu pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek bertindak memukul remaja itu kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan teman wanita salah daripada mereka.
Katanya, sebaik sahaja dipukul di belakang sebuah kedai di Sri Perdana pada jam 2.45 petang Ahad, mangsa segera membuat laporan polis.
"Dia (mangsa) mengalami kecederaan di kepala, mulut dan belakang badan. Siasatan awal mendapati, punca kejadian kerana perebutan teman wanita," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Difahamkan, gadis yang menjadi rebutan itu berusia 19 tahun.
Nasri memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Radhi Muslim
Mon Aug 12 2019
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu.
10 Berita Pilihan - (13 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu 14 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
WHO beri kelulusan kepada vaksin mpox Bavarian Nordic
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi lampu hijau kepada vaksin mpox Bavarian Nordic, suntikan pertama diluluskan agensi itu untuk membendung penyebaran penyakit itu di negara Afrika yang terjejas teruk.
Sven Goran Eriksson akan dikebumikan di Torsby
Upacara pengebumian Sven Goran Rriksson diadakan pada Jumaat 13 September di sebuah bandar kecil di Sweden. Eriksson yang merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak kebangsaan England akan dikebumikan di Torsby, lokasi dia dibesarkan sebelum memulakan kerjanya dalam arena bola sepak.
Yahya Sinwar zahir ucapan terima kasih kepada Hizbullah
Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah atas sokongan mereka dalam konflik dengan Israel.
Amerika Syarikat perlu beri tekanan kepada Israel
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres menggesa Amerika Syarikat memberikan tekanan yang kuat kepada Israel bagi menghentikan kon
Golongan muda lebih peka, mahu teroka pasaran baharu
Mereka yang hadir majoritinya adalah golongan muda dan menariknya, mereka ingin mencuba pasaran baharu yang masih belum ada di Malaysia seperti digital dan peralihan tenaga.
Taufan Yagi: Ramai dikhuatiri terkorban di Myanmar
Skala sebenar kemusnahan disebabkan Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, dan Thailand masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Setakat ini, angka rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 19 orang maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Myanm
Taufan Yagi: Angka kematian dan orang hilang di Vietnam cecah 336 orang
Di Vietnam, angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi, banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 336 setakat pukul 7 pagi Jumaat. Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), jumlah itu merangkumi 233 kematian dan 103 orang hilang.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Berebut seorang gadis, lima lelaki masuk lokap kerana merusuh
Hanya kerana 'sekuntum bunga', lima lelaki ditahan polis kerana disyaki merusuh dan memukul seorang remaja.