SEREMBAN: Membesar dalam keluarga berdarah campuran Cina dan India, pelakon lelaki popular Keith Foo menyifatkan dirinya bertuah apabila dapat menyambut Tahun Baharu Cina dengan keunikan tersendiri dan harmoni.
Keith, 41, berkata setiap tahun dia dan adik-beradik akan berkumpul di kampung halamannya di Gemas, bagi meraikan perayaan itu bersama bapa Foo Kia Suan, 79, dan ibunya Anita Foo, 70.
Selebriti itu berkata berkata antara juadah 'makan besar' istimewa hari ini ialah ayam kukus, sayur campur, sambal udang petai dan pelbagai lagi.
"Tahun Baharu Cina adalah satu tradisi. Kami beragama Kristian dan turut menyambut Krismas, selain itu kami sekeluarga turut meraikan perayaan Deepavali kerana ibu saya berbangsa India.
Aidilfitiri juga diraikan kerana kakak dan abang saya yang mualaf. Saya fikir ia adalah kehidupan yang harmoni dalam kalangan kami dan kami membesar dengan diberikan kebebasan (mengamalkan) kepercayaan masing-masing. Paling penting bagi saya adalah hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata usia perkahwinan ibu bapanya yang melangkaui lebih 30 tahun adalah contoh terbaik yang perlu dicontohi terutamanya dalam penerapan nilai seperti tolak ansur, kepercayaan serta saling hormat- menghormati antara satu sama lain.
Keith berkata antara kelebihan lahir dalam keluarga campuran adalah dia dapat menguasai Bahasa Tamil, Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
Sementara itu, ibu tunggal Lew Yen Fun atau Nur Atiqah Lew, 56, pula menyifatkan perbezaan agama bukan penghalang untuk beliau berkumpul bersama empat anaknya bagi meraikan Tahun Baharu Cina.
Guru tuisyen Bahasa Melayu itu berkata adalah menjadi rutin setiap kali perayaan dengan dia memasak salad, ikan kukus dan sayur campur sebagai hidangan wajib 'makan besar' keluarganya di Bahau.
"Alhamdulillah, setiap tahun kami dapat berkumpul bersama-sama meraikan Tahun Baharu Cina. Anak-anak sangat menghormati pilihan dan pendirian saya dan mereka adalah anak yang sangat baik. Hubungan saya dan bekas suami juga baik.
Makan besar anak-anak bersama saya telah diadakan lebih awal iaitu pada tengah hari tadi dan malam ini adalah giliran 'makan besar' anak-anaknya bersama bekas suami pula. Saya bersyukur hubungan saya, anak-anak dan bekas suami masih erat dan saya sentiasa mendoakan kebahagian ini kekal selamanya," katanya yang mula memeluk agama Islam pada 2018.
Beliau berkata walaupun berbeza agama, Tahun Baharu Cina disifatkan Nur Atiqah sebagai perayaan yang dapat mengeratkan silaturrahim keluarga dan kemeriahan itu akan terus menjadi kenangan bermakna buatnya sekeluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Keith berkata berkata antara juadah 'makan besar' istimewa hari ini ialah ayam kukus, sayur campur, sambal udang petai dan pelbagai lagi. - Gambar FB Keith
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.