LANGKAWI: Berbasikal dalam banjir merupakan antara cabaran besar yang terpaksa dihadapi peserta Ironman Malaysia tahun ini namun ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk menghabiskan perlumbaan.
Ini berikutan apabila beberapa laluan yang digunakan untuk disiplin berbasikal sejauh 180 kilometer (km) dinaiki air setinggi kira-kira paras betis akibat hujan lebat sejak 12 tengah hari semalam.
Andy Wibowo, 42, dari Indonesia, yang muncul peserta terpantas keseluruhan Ironman Malaysia bagi kategori lelaki dengan catatan masa sembilan jam 37 minit 58 saat (9:37:58) berkata hujan lebat yang menyebabkan paras air naik menyukarkan dirinya untuk mengayuh basikal dengan lebih pantas.
"Saya dapat menjimatkan masa semasa melakukan disiplin pertama iaitu berenang sejauh 3.8 km kerana itu adalah kekuatan saya manakala disiplin berbasikal adalah kekurangan saya... ia menjadi lebih sukar apabila terpaksa mengayuh dalam keadaan banjir.
"Tetapi saya mendapat momentum yang baik semula semasa melakukan disiplin terakhir iaitu larian sejauh 42.2 km dan itu membantu saya untuk menjadi peserta pertama menghabiskan cabaran Ironman Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menamatkan Ironman Malaysia di sini semalam.
Andy, yang kali pertama menyertai Ironman Malaysia di Langkawi, berkata kemesraan dan sokongan rakan di Malaysia dan makanan kegemarannya nasi lemak sudah pasti menjadi pembakar semangat untuk beliau kembali ke negara ini untuk menyertai Ironman Malaysia 2023.
April Rice, 41, dari Kanada, yang merupakan peserta terpantas keseluruhan Ironman Malaysia bagi kategori wanita dengan catatan masa 10 jam 19 minit 18 saat (10:19:18) pula berkata meskipun banjir, cuaca hujan itu sedikit sebanyak membantu diri beliau menghabiskan cabaran dengan baik.
"Saya berasal dari Kanada tetapi saya menetap di Singapura, jadi saya sudah terbiasa dengan cuaca seperti ini namun saya berdepan dengan sedikit kesulitan semasa disiplin berbasikal kerana tujuh seksyen banjir dan air naik sehingga paras lutut saya.
"Saya lihat peserta lain berhenti dan berjalan namun jika saya mengikut jejak mereka, saya tahu saya akan kejang di bahagian kaki, jadi saya hanya berdoa," katanya.
Peserta terpantas Malaysia bagi kategori lelaki, Shahrom Abdullah, 43, yang menamatkan cabaran dengan catatan masa 10 jam 40 minit 55 saat (10:40:55) berkata beliau terpaksa turun dan mengangkat basikal serta berjalan sejauh kira-kira 100 meter.
"Keadaan arus air deras jadi saya terpaksa angkat basikal... kalau kayuh juga, ia boleh menyebabkan beberapa bahagian pada basikal mengalami kerosakan. Walaupun berdepan dengan keadaan itu, ia akan menjadi kenangan terindah kepada saya serta peserta yang lain" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2022
Peserta Ironman Malaysia terpaksa mengharungi cabaran getir ketika disiplin berbasikal apabila banyak laluan dinaiki air berikutan hujan lebat. --fotoBERNAMA
LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.
2 sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Dua sahabat Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, dan rakannya Nor Hasrul Abdullah berkongsi pengalaman bagaimana mereka hanya makan ikan mentah dan minum air laut sepanjang hanyut selama enam hari sebelum diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh.
Dua mangsa bot hanyut selamat tiba di Malaysia
Dua mangsa bot hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Selasa lalu selamat tiba di Jeti Limbungan Batu Maung, PULAU PINANG hari ini. Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, dibawa dari perairan Acheh, Indonesia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menaiki KM Burau dan tiba pada jam 3 pagi Isnin.
Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar
Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
AWANI Pagi: Caj Hospital Mahal, Apa Penyelesaian Jangka Panjang
#AWANIpagi akan bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, diskusi bagi mencari penyelesaian jangka panjang mengenai caj hospital mahal yang membelenggu ketika ini.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
Meskipun kesakitan, Syed Saddiq berjaya tamatkan kejohanan Ironman Malaysia
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan penyertaan sulungnya di kejohanan itu dalam tempoh lebih 13 jam.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Berbasikal dalam banjir cabaran peserta Ironman Malaysia
Beberapa laluan yang digunakan untuk disiplin berbasikal sejauh 180km dinaiki air setinggi kira-kira paras betis.
Croneborg, Riesler juarai Ironman Malaysia Langkawi 2016
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.