BUTTERWORTH: 13 lelaki termasuk dua remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menyertai perarakan kematian di Jalan Siram, Butterworth pada 17 Jun lepas.
Tujuh individu termasuk dua remaja berkenaan mengaku bersalah manakala selebihnya tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Muhamad Yunus pada Jumaat.
S. Munesvaran, KS. Surendran, B. Subramaniam, K Yeshwar, dan S Logeswari, dan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Manakala Surendran Peeter William,M Jagan, M Thiruselvaan, N Amos, N Vihnoth dan M Guganeswaran pula mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan mereka yang berumur diantara 15 hingga 35 tahun itu didakwa melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan cara menjalankan perarakan kematian bagi tujuan keagamaan di dalam kawasan tempatan jangkitan.
BACA: Berarak iring keranda: 11 lelaki direman empat hari
BACA: Polis kesan kumpulan berarak iringi keranda di Butterworth
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Siram, Butterworth dalam daerah Seberang Perai Utara pada 17 Jun lalu, kira-kira jam 2.50 petang.
Bagi kesalahan berkenaan, kesemua mereka didakwa dibawah Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2021 yang boleh dihukum dibawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama.
Norhayati menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap lima lelaki yang mengaku bersalah namun sekiranya gagal membayarnya akan dipenjara selama dua bulan.
Manakala dua remaja itu pula dibenarkan ikat jamin RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membuat keputusan.
Mahkamah juga membenarkan enam tertuduh yang tidak mengaku bersalah diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula, empat tertuduh iaitu Subramaniam, Jagan, Thiruselvaan dan Guganeswaran turut berdepan pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap.
Keempat-empat mereka dituduh dibawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000.
Bagaimanapun keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Abd Halim dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mahkamah menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 3 Ogos depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jun 25 2021

Tujuh individu termasuk dua remaja berkenaan mengaku bersalah manakala selebihnya tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Muhamad Yunus. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Berarak iringi keranda: 13 didakwa langgar SOP
13 lelaki didakwa atas pertuduhan ingkar SOP PKP apabila menyertai perarakan kematian di Butterworth pada 17 Jun lepas.

Berarak iring keranda: 11 lelaki direman empat hari
Kesemua suspek berusia antara 15 dan 35 tahun direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.

Polis kesan kumpulan berarak iringi keranda di Butterworth
Kejadian dilaporkan berlaku pada 17 Jun lepas namun videonya baru tular di media sosial hari ini.

Tiada kebenaran anjur perarakan luar biasa iringi mayat - TPM Zahid
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan, berdaftar atau tidak berdaftar termasuk kongsi gelap.