Benda panjang yang disangka tali di bawah katil rupanya seekor ular tedung selar.
Ular tedung selar sepanjang lima meter itu dikatakan memasuki rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Putat, Pendang, Kedah.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezzani, pihaknya menerima panggilan jam 1 petang berhubung kehadiran ular berkenaan.
Beliau berkata, sepasukan anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Zaidi Mohd Zuki tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Katanya, setibanya di lokasi didapati reptilia itu berada di bawah katil di dalam sebuah bilik.
Sebaik menggeledah bilik berkenaan, anggotanya mendapati ular itu masih berada di bawah katil.
Muhammad Ezzat berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan termasuk penjerut.
"Setakat ini penangkapan ular ni adalah paling panjang sepanjang tahun ini di daerah Pendang. Dia (ular itu) ada bertindak agresif sebab dia mendapat ancaman daripada bila dia berada di bawah katil itu.
"Dengan ketangkasan anggota daripada balai saya, berjaya juga untuk menagkapnya," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Ular terbabit akhirnya berjaya ditangkap selepas tiga anggota bomba cuba mengumpan ular itu dari kepala dan belakang ekornya supaya ia keluar dari situ.
Katanya Muhammad Ezzat lagi, sepanjang tahun ini, pihaknya menerima banyak kes berkaitan ancaman haiwan berbisa dan sebanyak 50 kes tangkapan ular dilaporkan di daerah itu.
Antara ular paling banyak ditangkap adalah spesis tedung senduk.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 15 2019
!['Benda panjang' bawah katil disangka tali, rupanya ular 'Benda panjang' bawah katil disangka tali, rupanya ular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576405320_ulartedung.jpg)
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan termasuk penjerut. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712963005_kebakaranbombake.jpg)
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
![Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704662472_BombaBanjir.jpg)
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
![Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708683141_anggotabomba.jpg)
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
![Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705204318_TBjatuhbangunan.jpg)
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
![Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
![Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696813977_nahasjalanraya.jpg)
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
![Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695634564_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
![Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688987205_TBbombasesaknafas.jpg)
Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz
Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran madrasah tahfiz di Jalan Dato Dol Said di Taboh Naning, pada Isnin.
![Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687331080_Perak.jpg)
Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.