KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri.
Beliau berkata sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep Akta Parlimen Berpenggal Tetap seperti di beberapa negara lain.
"Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah Parlimen.
"Contohnya di United Kingdom ada Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang Presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali beliau berundur atau meletakkan jawatan lebih awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini hari ini.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara sekali gus memastikan peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.
Beliau juga berkata pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Fahmi, yang juga Ketua Penerangan parti, berkata terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.
"Jadi, pelantikan beliau bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC," katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.
Khamis lepas, Sangetha mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelantikan beliau kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.
Sementara itu, menyentuh majlis hari ini, Fahmi berkata beliau akan membantu menampung kos rawatan atau pembedahan mata golongan B40 yang memerlukan di kawasan tersebut.
"Komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembedahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
![Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705229751_FahmiFadzil.jpg)
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan sidang media selepas majlis Pembukaan Bahagian Baharu (Orchid Wing) OasisEye Specialists di Nexus, Bangsar hari ini. - Foto BERNAMA
![Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719567220_TBSunway.jpg)
Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.
![Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719570005_TBIndiaAirport.jpg)
Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.
![KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang
KPDN tegas melaksanakan penguatkuasaan arahan larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan.
Johor rekodkan peningkatan eksport tertinggi pada Mei
Prestasi eksport bernilai RM128.2 bilion pada Mei 2024, meningkat sebanyak RM8.7 bilion atau 7.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pembaharuan tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) selamat digunakan walaupun beberapa pembaharuan dilakukan bagi memperkemaskan lagi aplikasi itu.
Pantau Agenda Reformasi: SPR teruskan PRK DUN Nenggiri, apa selepas ini?
Injuksi tangguh PRK DUN Nenggiri ditolak. SPR teruskan PRK DUN Nenggiri. Apa selepas ini dan bagaimana ia akan beri kesan kepada 1 DUN & 6 parlimen lain.
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Pelaksanaan pantas projek pembangunan pacu ekonomi Malaysia
Potensi pelaksanaan projek yang lebih cepat di bawah pelan tindakan pembangunan dijangka memacu ekonomi Malaysia mencapai sasaran pertumbuhan yang diunjurkan antara 4.0 hingga 4.5 peratus tahun ini.
Jalin kolaborasi untuk pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Kumpulan Sunway memeterai perjanjian dengan delegasi kesatuan eropah ke Malysia (EUD) untuk sebuah jalinan strategik bagi memacu pelbagai inisiatif kemampanan bersama.
![Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719565650_PINTAR.jpg)
Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji selamat digunakan walaupun terdapat beberapa pembaharuan.
![OPPO lancar Reno12 dan Reno12 Pro, dimensi baharu telefon pintar padat ciri AI OPPO lancar Reno12 dan Reno12 Pro, dimensi baharu telefon pintar padat ciri AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719567381_TBoppo.jpg)
OPPO lancar Reno12 dan Reno12 Pro, dimensi baharu telefon pintar padat ciri AI
Keunggulan fungsi kamera, kecekapan kuasa, ketersambungan sempurna, keupayaan mempermudah tugasan, dan reka bentuk menawan.
![Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705229751_FahmiFadzil.jpg)
Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.