KUALA LUMPUR: Penggunaan belon pengintip yang didakwa dari China boleh memberi ancaman kepada aspek keselamatan ketenteraan.
Pakar Kajian Strategik & Keselamatan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Prof. Mohd Mizan Aslam berkata, belon berkenaan dipercayai menggunakan teknologi tertentu yang mampu menghantar maklumat berkaitan kepada satelit, sebelum ia dipancarkan ke pusat kawalan.
Jelas beliau, belon dikategorikan sebagai salah satu 'known conventional weapon' (senjata konvensional yang diketahui umum), dan ia digunakan kerana instrumen tersebut tidak takuti oleh manusia.
"Belon yang diterbangkan itu asalnya untuk mendapatkan data-data cuaca. Jadi hari ini belon telah digunakan dalam keupayaan ketenteraan.
"Ada satu istilah yang disebut sebagai known conventional weapon, iaitu tidak lagi perlu kepada jet pejuang atau peluru berpandu tetapi cukup menggunakan known conventional weapon. Apa sahaja yang nampak seperti biasa tetapi boleh menjadi teknologi ketenteraan.
"Belon ini sebenarnya bulat dan ada bahagian di dalamnya yang boleh menghantar maklumat terus kepada satelit dan satelit akan menghantar ke pusat kawalan.
"Jadi di sini dipercayai, China telah menggunakan teknologi ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan ketenteraan, kerana ia mampu pergi ke kawasan sensitif," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip China ketika ia terapung di pantai South Carolina, seminggu selepas ia memasuki ruang udara negara itu.
Pakar AS berpandangan belon berkenaan mungkin dipandu oleh kecerdasan buatan (AI) yang canggih.
Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan arahan pada Rabu lalu supaya belon itu ditembak, tetapi Pentagon mengesyorkan supaya menunggu sehingga ia boleh dilakukan di kawasan terbuka bagi melindungi orang awam daripada serpihan yang terhempas ke bumi.
Begitupun, China sebelum ini menyatakan kekesalan kerana belon berkenaan digunakan untuk tujuan meteorologi awam dan saintifik lain, telah tersasar ke ruang udara AS.
Kementerian Luar China berkata, penerbangan belon ke atas AS adalah satu kemalangan 'force majeure' dan menuduh ahli politik serta media AS mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk memburukkan Beijing.
BACA: Apa itu belon pengintip China yang 'terlepas' ke ruang udara Amerika Syarikat?
Mengulas lanjut, Mohd Mizan berkata belon berkenaan ditembak selepas dipercayai menghampiri kawasan Montana yang terletak berdekatan kawasan nuklear yang dimiliki oleh AS.
Tindakan yang dilakukan oleh AS itu, jelas beliau kerana belon itu dilihat cuba mengganggu keselamatan.
"Banyak aspek yang boleh dibincangkan dan cukup berbahaya berkaitan dengan teknologi ini," tambah Mohd Mizan.
Mohd Mizan juga memberikan beberapa contoh known conventional weapon - sama ada sebagai senjata ataupun alat untuk menerima dan mendapatkan maklumat.
"Contohnya dalam aktiviti berkaitan dengan keganasan, kita lihat pengganas hari ini tidak perlu memiliki senjata api atau bom, tetapi cukup memiliki sebuah trak atau lori yang bersaiz kecil dan melanggar orang ramai yang berhimpun.
"Selain itu, serangan di London seperti menggunakan pisau yang boleh didapati di dapur," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 05 2023
Pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) dilapor menembak jatuh belon pengintip China (gambar) ketika ia terapung di pantai Carolina Selatan, seminggu selepas ia memasuki ruang udara negara itu - AP
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Tembak belon pengintip: China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
Dalam pada itu, Mao Ning berkata satu lagi belon yang berada di ruang udara Amerika Latin juga untuk kegunaan awam.
Belon dikategorikan 'known conventional weapon', ancaman keselamatan
Ia merujuk kepada apa sahaja yang nampak seperti biasa tetapi boleh menjadi teknologi ketenteraan.